in

Menteri Agama Tegur Isu Lirik Lagu Tidak Senonoh, Tekankan Seni Perlu Selari Dengan Syarak

Collage 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu lirik lagu tidak senonoh yang dikeluarkan oleh seorang artis wanita tempatan baru-baru ini mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Menurut beliau, album yang dikeluarkan oleh artis tempatan itu mengandungi unsur lucah dan tidak senonoh bercanggah dengan akhlak Islam, dan berpotensi memberi impak negatif kepada generasi muda.


Katanya, semua penggiat seni, penerbit, pengkarya, serta pihak berkuasa perlu mengambil serius isu ini dan memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Garis Panduan Hiburan Dalam Islam (Edisi Kedua) yang telah diperakui oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada Februari 2015.

Artikel berkaitan: Isu Lelaki Berpakaian Wanita, Menteri Agama Gesa JAWI Ambil Tindakan

Artikel berkaitan: Timbalan Menteri Agama Baharu, Marhamah Rosli Jawab Isu Kutipan Dana Zara Qairina

“Garis panduan ini dengan jelas menetapkan bahawa lirik hiburan hendaklah bebas daripada unsur lucah, maksiat, penghinaan, manipulasi kalimah suci Islam serta perkara yang bercanggah dengan syarak dan nilai kemanusiaan.” 

“Semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menghasilkan kandungan yang selari dengan adab, budaya serta tuntutan syarak,”– Kata Dr. Zulkifli dalam satu kenyataan.

3701121

Beliau turut mengingatkan bahawa setiap kata-kata mempunyai kesan, justeru umat Islam digalakkan menjaga lidah, telinga, dan hati supaya perkataan yang diucapkan memberi kebaikan dan tidak menjejaskan maruah serta akhlak manusia.

“Islam meraikan karya seni dan keindahan tetapi seharusnya ia menjadi wasilah mendidik, menenangkan jiwa dan menyebarkan nilai murni baik bukan sebaliknya,”– katanya.

Dr Zulkifli turut menambah, hiburan yang baik itu adalah hiburan yang mampu membina akhlak dan jiwa kita sebagai umat Islam bukan yang sebaliknya seperti yang merosakkan akidah dan melalaikan.

Sumber: mStar

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.