in

“Mengucap panjang tengok” – Rumah Transit Majlis Agama Islam Negeri Johor Ditinggalkan Asnaf Dalam Keadaan Terlalu Kotor

Feature 4 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam viral di media sosial tentang keadaan sebuah rumah transit Majlis Agama Islam Johor yang kotor dan berbau busuk selepas ditinggalkan oleh keluarga asnaf yang pernah tinggal di situ.


Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) menerusi Facebook.

Sedih rasa, bila rumah transit yang diberi duduk secara percuma ditinggalkan dalam keadaan macamni.Semalam kami…

Posted by Majlis Agama Islam Johor on Friday, February 19, 2021

 

Menurut Harian Metro, rumah tersebut sebelum ini menempatkan keluarga asnaf yang mempunyai sembilan orang anak. Difahamkan, keluarga ni diberi tinggal di situ secara percuma dan mereka hanya perlu membayar bil utiliti sahaja.

Rumah 1 1

Namun, mengikut kenyataan Khirul Nizam Mat Said iaitu Ketua Penolong Pengarah Majlis Agama Islam Johor, semenjak 2017, ketua blok dan jiran keluarga itu telah mengadu yang mereka tak selesa sebab keluarga tu macam tak berapa jaga kebersihan.

Mereka telah menandatangani polisi untuk jaga kebersihan rumah sebelum boleh tinggal di rumah itu,” katanya.

Pihak majlis agama juga menasihati keluarga terbabit sebab mereka tak boleh halau asnaf sesuka hati. Untuk pengetahuan semua, bukan senang nak tinggal di rumah transit ni sebab setiap dua tahun, mereka perlu renew kontrak rumah.

Rumah 2

Namun, keluarga tersebut telah meninggalkan rumah itu pada tahun 2019 dan kini didapati tinggal di kawasan setinggan di sebuah kampung. Pihak MAINJ pula tak boleh buang barang mereka pada ketika itu.

Jadi, selepas pihak mereka dah dapat locate di mana keluarga tu tinggal, baru sekarang mereka dapat kebenaran keluarga tersebut untuk membersihkan rumah terbabit. Setelah dibersihkan, pihak MAINJ juga kena baiki rumah ini sebab pintu perlu ditukar kepada yang baru, rumah harus dicat semula dan pasang tikar getah baru.

Rumah 3

Selepas semua dah settle, rumah ni kemudiannya akan diberikan kepada asnaf lain. 

Baca: “Jangan judge Pihak Zakat tak buat kerja” – Penerima ‘Buka Mulut’ Mempertahankan Lembaga Zakat

Asnaf

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.