in

“Mengikut arus pemodenan” – ‘Ketum Float’ Kini Dijual di Kelantan, RM3 Secawan

Gambar Hiasan 1 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika disebut tentang ketum, ia sememangnya benda normal jika di kampung-kampung. Walaupun tidak diketegorikan didalam Akta Dadah Berbahaya 1952, namun begitu, banyak kes penyalahgunaan berkaitan daun ketum ini sehingga boleh menjadi seakan ‘dadah’.


Tetapi jangan terkejut tau, kerana terdapat sebuah restoran di Kubang Kerian, Kelantan ini bukan sahaja menyajikan makanan yang bertemakan negeri pantai timur itu, malah turut menyediakan minuman berwarna hijau yang diberi nama ‘Ketum Float’Amboi…ketum pun dah maju..

Namun jangan risau, sebenarnya minuman tersebut bukanlah dibuat daripada daun ketum yang asli. Nama ketum itu hanya diberi kerana warnanya seakan ketum dan hanyalah sekadar nama jolokan masyarakat. ‘Ketum Float’ itu turut dijual pada harga yang cukup berpatutan iaitu RM3.

Bare viral sobat.Green Tea floatTea yang direbus sempurna.Only at Dale Rok Kubang Kerian !!!!

Posted by Dale Rok Kubang Kerian on Rabu, 9 September 2020

‘Ketum float’ ini sebenarnya difahamkan menggunakan daun teh hijau yang direndam dalam tempoh masa yang lama untuk memberi rasa serta menaikkan warna pada minuman tersebut.

Secara tradisinya daun ketum telah lama digunakan bagi tujuan perubatan atau pun menjadi amalan dalam aktiviti sosial masyarakat.

Namun kini, ia tetapi ia tidak lagi dikenali sebagai tumbuhan herba yang digunakan untuk perubatan sebaliknya lebih sinonim untuk dikaitkan dengan isu ketagihan dan penyalahgunaan.

Disebabkan itu, nama ‘ketum float’ ini diubah bagi mengelakkan kekeliruan masyarakat setempat dan netizen. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri di Facebook rasmi restoran tersebut.

Untuk mengelak salah faham berkaitan 'kentom float' kami telah menukar nama air kami kepada nama asal iaitu green tea…

Posted by Dale Rok Kubang Kerian on Rabu, 16 September 2020

Nama jolokan je gais, korang jangan pura-pura pening pulak lepas minum ni…

 

Baca: KKMM Akan Teliti Video Ayah Masak Ketum Jika Wujud Unsur Buli Siber

Capture 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.