in

“Mengapa dorang dibenarkan hadir?” – Pembangkang Keluar Dewan Lepas 3 MP Patut Kuarantin Hadir Dengan ‘Full Suit PPE’

Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dewan Rakyat sekali lagi mencetuskan kekecohan hari ini apabila pihak pembangkang membuat keputusan untuk keluar dari dewan ketika sesi undi belah bahagian Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 bagi Kementerian Wilayah Persekutuan peringkat jawatankuasa.


Tindakan ini diambil selepas mereka dapat tahu yang tiga ahli parlimen yang sepatutnya kuarantin di rumah telah datang ke parlimen dengan memakai pakaian penuh PPE. Tiga ahli parlimen tersebut merupakan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, Menteri Sumber Manusia M Saravanan dan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran, lapor Berita Harian.

Bila Dr Xavier Jayakumar mengemukakan soalan kenapa tiga ahli parlimen ini hadir ke Dewan Rakyat, Spekar Azhar Harun (Art Harun) mengatakan yang mereka datang untuk mengundi.

Kami ada anak isteri Yang Dipertua, kenapa mereka dibenarkan hadir untuk mengundi yang akan menjejaskan kesihatan dan keselamatan kami.”

Mask1412 1607931987

Namun Art Harun menegaskan yang tiga ahli parlimen ini dibenarkan hadir ekoran seorang ahli parlimen telah bertindak melanggar kuarantin dan menyertai proses undian Khamis lalu.

Saya tak mahu perkara itu berlaku, lebih baik saya regulate proses pengundian ni.”

Jawapan Art Harun ini telah mengundang kekecohan di parlimen yang tak berpuas hati dengan kenyataan itu serta menyebabkan ramai ahli parlimen keluar dewan sebagai tanda protes.

Ekoran itu, Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 kementerian itu diluluskan di peringkat jawatankuasa dengan undi belah bahagian apabila 110 Ahli Parlimen menyokong, tujuh tidak bersetuju, 31 tidak mengundi manakala 72 tidak hadir.

 

Baca: MP Pakat Keluar Dewan Rakyat Ramai-ramai Masa Najib Tengah Bahas Belanjawan 2021

Screenshot 2020 12 14 At 4.37.48 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.