in

“Menganjing sungguh owner ni” – Netizen Tergelak Tengok Kereta Mercedes Ni Diubah Ala Kereta Proton

Ft Kereta Mercedes Jadi Persona

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu kita tengok ada kereta yang biasa diubah menjadi kereta mahal, misalnya dari kelisa jadi ala Mini Cooper, Staria diubah ala Ford Fiesta dan macam-macam lagi. Biasanya ia akan diubah jika bentuk kereta itu seakan-akan dengan jenama yang mewah itu.


Tapi kali ini lain pula jadinya, kereta mewah diubah luaran ala-ala kereta Malaysia, ia mendapat perhatian netizen selepas satu video yang dikongsikan menerusi TikTok tular sejak kelmarin.

 

Mercedes diubah jadi Persona

Video berdurasi 10 saat yang telah meraih lebih daripada 600K jumlah tontonan dalam masa sehari itu memperlihatkan kereta yang dipercayai jenis Mercedes diubah ala-ala kereta Proton Persona ketika berada di atas jalan.

Kereta berwarna kuning itu tertulis perkataan Persona dibahagian belakang kanan kereta serta logo Proton ditampal disitu.

Dalam video yang dirakam itu, dilihat  @izhmjb_ begitu terkejut. Ini kerana selalunya kereta-kereta wannabe ini adalah kereta biasa yang diubah suai rupanya untuk jadi kereta mewah, tapi yang ini terbalik.

Ingat proton tak market ke sekarang.”

@izhmjb_

Ingat proton tak market ke skrg? owner muncul jap? #fyp #proton #nganjing

♬ Day ‘n’ Nite – Kid Cudi

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut speechless dan terhibur kerana mereka anggap owner kereta seperti bersikap sarkastik.

 

Humble another level – Netizen

Kereta Mercedes Jadi Persona Kereta Mercedes Jadi Persona 2 Kereta Mercedes Jadi Persona 3 Kereta Mercedes Jadi Persona 4 Kereta Mercedes Jadi Persona 5

Dalam pada itu, ada juga yang tertanya-tanya bagaimana jika kereta jenis begini ‘sangkut’ dekat JPJ. Apapun, mungkin owner kereta hanya sekadar nak bergurau, tapi min pun tergelak kecil bila tengok ni, nampak tak kereta Proton tu pun sebenarnya ada value? 

 

Baca : Ubah Haluan Kereta Secara Tiba-tiba, Pemandu Mabuk Sebabkan Kematian Pelajar Berumur 17 Tahun!

Accident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.