in

“Mengalir air mata” – [VIDEO] Potret Isteri Sebagai Ganti, Hajat Bergambar Aidilfitri Bersama Tidak Kesampaian

Untitled Design 2022 04 28T143044.161

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah dua tahun kita menyambut Aidilfitri secara sederhana dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akhirnya tahun ini umat Islam bakal merayakan Hari Raya Aidilfitri dengan lebih meriah tanpa sebarang sekatan.


Antara aktiviti yang biasa kita lakukan untuk Aidilfitri adalah bergambar bersama keluarga tersayang, biasanya ramai yang adakan sesi bergambar beberapa hari sebelum raya kerana ingin menggunakan gambar tersebut sebagai ucapan secara maya pada pagi raya nanti.

Di dalam kita sibuk membuat persiapan raya, ada juga yang tidak senasib dengan kita. Mereka terpaksa menyambut Aidilfitri tahun ini dengan penuh hiba.

@fitrinruslee

Rindu yg tiada penghujung. potrait raya keluarga Rahman #fyp #fypdongggggggg #studioraya #fitrinruslee

♬ original sound – Fitrin Ruslee – Fitrin Ruslee

Baru-baru ini, sebuah video tular di TikTok di mana sebuah keluarga berpakaian sedondon untuk mengambil gambar sempena Aidilfitri, tetapi apa yang membuatkan netizen hiba adalah apabila kelihatan seorang suami memegang gambar yang dikatakan arwah isterinya.

Video yang dimuat naik oleh @fitrinruslee ini memaparkan kesedihan si suami sehingga mengalirkan air mata, difahamkan bergambar sedondon bersama keluarga di studio itu merupakan hajat isterinya. Malah, warna kuning yang dipakai oleh seisi keluarga itu juga adalah warna kegemaran si isteri.

Dalam video tersebut, Fitrin yang merupakan jurugambar di studio tersebut memberitahu arwah meninggal disebabkan Covid-19 dan kanser sebulan sebelum berpuasa. Pasangan tersebut juga merupakan bekas client jurugambar tersebut.

“Tiba-tiba jatuh air mata” 

Netizen turut sama berduka dan ramai yang mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut, tidak kurang juga yang mendoakan agar si suami terus bersabar.

Ptsht

Semoga keluarga ini tabah dan sentiasa berada dalam keredhaan Ilahi…

Baca: [VIDEO] Netizen Sebak Tengok Iklan Raya, Lakonan Beremosi Anak Wawa Zainal Jadi Tumpuan!

Untitled Design 2022 04 28T142745.247

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.