Go easyyy on me, baby~~
Min percaya, peminat-peminat lagu mesti tahu dengan petikan lirik atas ni kan? Lirik ni diambil dari lagu Adele yang terbaru iaitu ‘Easy On Me’. Lagu tersebut merupakan lagu utama untuk albumnya yang terbaru iaitu ’30’.
Album ’30’ ini merupakan album keempat buat Adele selepas 6 tahun. Setelah sekian lama tidak mengeluarkan album terbaharu, sudah semestinya album kali ini ditunggu-tunggu oleh peminatnya dari seluruh dunia.
Populariti album terbaharu Adele ini telah berjaya mendapat perhatian orang ramai di peringkat global termasuklah para media dari serata dunia. Liputan media ini termasuk dengan saluran Channel 7 dari Australia.
Tetapi liputan media yang diadakan secara eksklusif dari pengacara Matt Doran bertukar tragedi buat dirinya kerana telah digantung kerja selama 2 minggu! Ini kerana pengacara tersebut difahamkan tidak mendengar album ’30’ sebelum mengadakan temubual bersama dengan Adele.
Adele tersinggung dengan pengakuan Matt Doran
Akibat dari kesilapan pengacara tersebut, klip temubual bersama dengan penyanyi kelahiran London itu tidak dapat disiarkan dalam program Weekend Sunrise di Channel 7. Adele juga dilaporkan agak tersinggung dengan Matt Doran kerana tindakannya yang dikatakan tidak profesional sebagai pengacara.
Matt yang telah menemubual Adele selama 20 hingga 30 minit tidak mampu untuk bertanyakan soalan berkaitan dengan album terbarunya. Dipercayai semasa Adele bertanyakan tentang pandangan Matt tentang album ’30’nya, dia tidak teragak-agak memberitahu yang dia masih belum mendengarnya.
Difahamkan Matt bersama dua krew program tersebut telahpun terbang sejauh 16,000 km dari Sydney ke London hanya untuk mendapatkan temubual eksklusif bersama Adele dan bukannya temubual biasa, menurut BBC News.
Back at it with the boys! This one is going to be pretty special … 🤫@7newsspotlight #london @ London, United Kingdom https://t.co/LZcgxZAV2A
— Matt Doran (@mattdoran22) November 3, 2021
Mengakui kesal dengan tindakannya yang telah menyinggung dan menyusahkan ramai pihak, Matt Doran kemudiannya memohon maaf dalam satu temubual selepas mengakui terlepas pandang e-mel berkaitan dengan pra-tonton album tersebut.
Haa, tak apalah… Dia pun dah minta maaf tu… Korang jangan lupa terus support Adele okay? Tak sia tunggu lama-lama, lagu dalam album dia semua best!