in

“Mendapatlah kau!” – DAHSYAT! Perogol Kanak-kanak Dibogel & Dibelasah Oleh Banduan Sebelum Kepala Dihumban Dalam Jamban

Rapist Comp Abac

Macam yang korang semua tahu, perogol kanak-kanak biasanya tak akan survive dalam penjara. Dorang sama ada akan dibelasah dengan teruk atau pun dibunuh oleh banduan-banduan dalam penjara. Sebab tu kebanyakan pesalah rogol akan diasingkan dari banduan-banduan lain.

Macam apa yang berlaku baru-baru ini di London. Sebuah video dari dalam penjara tular di media sosial menunjukkan seorang perogol telah dibogel dan dipukul sebelum kepalanya dihumban ke dalam lubang jamban.

Screenshot 2020 02 13 At 10.57.47 Am

Dipercayai, lelaki berusia 21 tahun ni telah ditempatkan di penjara HMP Pentonville, London sementara menunggu keputusan perbicaraannya bulan depan.

Dalam video tular ini, dapat dilihat perogol tersebut merayu minta tak diapa-apakan sambil dia dipukul dengan kabel dan dipaksa buka baju di hadapan tandas kotor.

Screenshot 2020 02 13 At 10.57.14 Am

Tanpa menghiraukan rayuan lelaki ini, banduan-banduan lain terus memaksa dia membuka baju sambil mengugut untuk memukul kepalanya.

Kemudian, video kedua pula menunjukkan perogol ini menjerit sambil kepalanya dihumban ke dalam lubang tandas sementara yang lain sambung membelasahnya.

Menurut MetroUK, lelaki ini telah didakwa menculik dan mengurung seorang budak perempuan di sebuah rumah di London sebelum merogol budak malang tersebut bersama dua lelaki lain.

Tak cukup dengan itu, lelaki ini dan dua rakannya turut memaksa budak perempuan tersebut untuk melakukan seks oral terhadap mereka. Memang patut kot kena belasah macam ni?

Pun begitu, tak ada maklumat lanjut tentang bagaimana video dari dalam penjara ini boleh tersebar di media sosial.

Korang boleh tengok video penuh kat sini.

 

Baca: “Saya lega dia dah mati” – Pedofilia Dianggap Paling Jijik Dalam Penjara, Mungkin INI Sebab Richard Huckle Dibunuh

Screenshot 2020 02 13 At 11.01.16 Am