in

“Member dah kejung boleh menganjing lagi” – Remaja Overdose Dadah Digelak Kawan, Dah Meninggal Baru Cakap Salah Faham?

Collage 73

Allahu, memang terkedu bila tengok video-video remaja overdose dadah yang tular dekat media sosial hari ini.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter telah memuat naik video seorang remaja lelaki dipercayai overdose dadah. Dikatakan, arwah telah dipaksa makan dadah berbentuk pil oleh seorang wanita.

Dalam video yang tular ni, mulanya boleh nampak remaja lelaki tersebut mula dapat sawan di atas meja pool di sebuah kelab malam. Dalam video seterusnya pula, lelaki tersebut telah diletakkan di atas sofa dengan tak berbaju.

Screenshot 2020 02 28 At 3.57.07 Pm Screenshot 2020 02 28 At 3.57.14 Pm 1

Tapi, apa yang lagi teruk, ketika di dalam tandas, seorang lagi remaja merakamkan video GELAKKAN lelaki yang sama terkulai tak bermaya di atas lantai tandas. Bukan tu je, dia siap boleh tarik lagi rambut sebab nak tunjukkan muka tengah overdose. Astaghfirullah.

Selepas kejadian ini, beberapa video lagi tular menunjukkan remaja overdose dadah ini dah tak bernyawa namun tak dijelaskan sama ada dia sempat di bawa ke hospital semasa masih sedar atau pun tidak.

Selepas tular video lelaki gelakkan arwah di tandas, lelaki tersebut telah tampil membuat video bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Cerita ni sebenarnya semua salah faham. Saya sampai dekat tandas tu, saya nampak dia dah macamtu. Mungkin sebab perangai saya, saya tak kenal pun dia siapa. Saya dan kawan saya buat video macamtu. Silap saya kat situ. Tapi ramai orang dekat sana cuba tolong dia.”

Tambah lelaki ni, orang-orang yang tolong lelaki overdose dadah ni semuanya tak kenal lelaki ni dan bila tanya, tak ada sorang pun yang mengaku kawan. Takut kot?

Apa-apa pun admin harap pihak berkuasa dapat jalankan siasatan secepat mungkin atas kes ni, sebab kalau betul dia dipaksa makan dadah, ni dah termasuk kes bunuh. Admin doakan keluarga arwah kuat atas tragedi yang menimpa mereka ni. Inalillah…

 

Baca: “Sebab terlibat dalam dadah” – Penceramah Dedah Luahan Mengejutkan Kenapa Pelajar Darjah 5 ‘Malas Belajar’

Screenshot 2020 02 28 At 4.15.38 Pm