in

“Memang harga jatuh tapi..” – Rakyat Malaysia Kongsi Pengalaman, Kenapa Beli Kereta Satu Langkah Tak Selamat Pada Musim PKP Ini

Cats 9

Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Januari lepas, sudah semestinya ia akan membimbangkan kita semua.

Namun begitu, bagi sesetengah golongan, mereka akan anggap ini adalah waktu yang tepat untuk beli kereta baru, apatah lagi apabila kerajaan telah mengumumkan pemansuhan syarat i-Sinar kepada semua pencarum baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, betul ke kereta tu satu keperluan? Hakikatnya ketika kami bertanyakan padangan kepada beberapa individu yang terdiri daripada golongan B40 dan M40 menerusi satu rangkaian sosial sembang audio ini, ramai yang menyatakan bahawa mereka tak berani nak ‘ambil’ kereta baru pada waktu-waktu macam ni sebab….

 

1. Kebarangkalian dibuang kerja itu tinggi

Employee Termination Gettyimages 498334841 300X200 1

Min yakin, pasti ramai majikan dah mula ‘goyang’ sejurus sahaja PM umumkan PKP 2.0, malah staf juga dah bimbang gaji dipotong jadi ia hanya membebankan seandainya terikat dengan loan bank, sedangkan pada waktu biasa pun dah rasa terbeban sikit apatah lagi PKP ni.

Seorang pemuda berumur 25 tahun yang bekerja sebagai Eksekutif Pengurusan Data Logistik di sebuah syarikat kurier di Petaling Jaya, yang mahu dikenali sebagai Leo ini menjelaskan bahawa dia pernah ada perancangan untuk beli kereta baru semasa PKP, namun hasrat dia terbantut apabila ayahnya kehilangan sumber pendapatan.

“Saya ada plan nak ambil kereta,  dah siap hantar loan. Saya tak affected tapi parent ya, bapa kena buang kerja..Mak affected sejak PKP 1, hari dia kena buang adalah hari loan saya lulus. Jadi masa tu batalkan niat nak beli kereta lah. Masa tu saya fikir mungkin kalau selamat tapi orang terdekat pula yang kena.”

 

2. Bayar bulanan sahaja tak cukup

Rosak 1

Kumpul duit bayar deposit, gaji yang digunakan untuk bayaran bulanan sahaja tak cukup, sebab perlu fikir beberapa aspek yang mungkin akan datang tanpa diduga.

Berbeza pua dengan kes seorang Pegawai Tadbir Sumber Manusia yang lebih dikenali Aidil ini, dia anggap satu tindakannya menukar kereta baharu itu merupakan satu kesilapan besar yang dia lakukan.

“Saya ada lagi 3 tahun nak habis bayar loan kereta, saya decide nak tukar kereta baru, of courselah bila dah tukar tu nak kereta yang lebih elok, tapi biasalah waktu tak fikir panjang. Rasa burden sangat bila nak bayar road tax, service,kuat makan minyak lepas tu pernah accident, banyak sangat kena labur.” 

Nasihatnya lagi, urusan nak beli kereta sekarang mungkin mudah tetapi kena fikir apa kebangkalian yang bolleh terjadi pada masa hadapan.

 

3. Stress atas jalan

Malaysia Traffic Highway 3

Seorang Pembangun Perisian (Software Developer) yang dikenali sebagai Siti, 31 pula menjelaskan dirinya bahawa dirinya lebih rasa tenang bila menggunakan pengangukutan awam berbanding dengan memandu sendiri.

“Saya ni ada perangai jenis baran kalau bawa kereta ni, kuat maki hamun hon orang bila bawa kereta, lagi-lagi waktu pagi. Lepastu bila dah stress benda tu jadi meleret sampai orang kat sebelah rasa terkesan sebab saya dah mula stress. Nak dipendekkan cerita saya ada pindah rumah baru dekat dengan train. sejak tu saya dah mula rasa kelainan sikit sampai orang lain nampak, diaorang kata muka saya tak nampak kusut, masam bila jumpa diaorang.”

Menurut kajian, pekerja yang mengambil masa perjalanan yang lebih lama mempunyai risiko peningkatan 33% depression berbanding dengan perjalanan yang lebih pendek selalin ia menjejaskan produktiviti harian seseorang.

Ia jelas terbukti apabila Siti juga ada menjelaskan bahawa produktivitinya dalam melakukan kerja dan menjalani aktiviti kehidupan harian semakin baik sebab tak penat atas jalan untuk fokus pada pemanduan ditambah lagi dengan penat menunggu!

 

4 Waktu PKP siapa nak pakai kereta sangat?

Utu Kdh Sekatan Napoh002 Scaled 1

Waktu yang digalakkan untuk duduk di rumah ni, kalau perlu untuk keluar pergi ke tempat kerja atau ada sebarang urusan guna sahaja pengangkutan awam seperti yang dilakukan oleh seorang Pegawai Akaun yang lebih dikenali sebagai Aqilah, 35 yang tak pernah ada kereta ini.

“Saya kerja dekat Cyberjaya dan selalu gunakan e-hailing bila nak pergi kerja, kalau nak keluar pergi tempat lain pun saya pakai je public transport. Masa waktu pandemik ni saya banyak duduk rumah je, ditambah lagi saya duduk dekat kawasan apartment yang tempat parking tu dah pack sangat. Dulu pernah lah terfikir nak beli kereta sebab kena jalan jauh nak naik public transport, tapi sejak dah ada e-hailing ni rasa lagi mudah dan memang tak pernah terfikir pun nak beli kereta sekarang.”

Bila dah baca penjelasan daripada mereka ini sebenarnya jelas menunjukkan bahawa ada bermacam-macam lagi alternatif pengangkutan yang telah memudahkan kita sekarang bagi membantu rakyat Malaysia.

Malah sekarang ini pengangkutan awam kini dah semakin convenient sekarang, misalnya perkhidmatan bas percuma yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu beban golongan yang kurang berkemampuan.

Bukan itu sahaja, lokasi tren kini pun dah semakin luas misalnya kini LRT 3 dan MRT di pelbagai lokasi.

Dengan menggunakan pengangutan awam ini, ia bukan sahaja dapat bantu kita dari aspek kos, malah ia juga dapat membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan kesesakan lalulintas dan pencemaran alam sekitar.

Sumber: Kosmo