in

“Memandu dalam keadaan lalok” – Kes Wanita Maut Dirempuh Ketika Beli Daging, Polis Sahkan Pemandu Positif Methapetamine

Lalok Plak Dia Eyyyy

Seorang suri rumah berusia 28 tahun maut selepas dirempuh sebuah Perodua Alza ketika sedang membeli daging di sebuah gerai dekat tepi Jalan Pasir Mas-Meranti berhampiran Kampung Pohon Buloh, semalam. Mengikut laporan, kereta tersebut dipandu suspek berusia 29 tahun dan hilang kawalan sebelum merempuh kedai terbabit kira-kira jam 9.30 pagi.

Mangsa

Noriha Zakaria disahkan meninggal dunia di hospiral akibat kecederaan parah di bahagian perut. Menurut Harian Metro, polis mengesahkan suspek yang turut menyebabkan peniaga gerai tersebut cedera parah, positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek ditahan polis untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.”

“Akibat rempuhan terbabit juga, peniaga warga emas parah dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.”

Rempuh2

Rempuh1

“Polis akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas suspek yang bukan saja penagih dadah malahan memandu dalam keadaan merbahaya sehingga membawa maut kepada orang awam.”

“Tindakan suspek dianggap sebagai suatu kesalahan besar dengan memandu dalam pengaruh dadah, bukan saja menyalahi undang-undang malahan membahayakan pemandu lain serta meragut nyawa orang awam.”

Rempuh3

Rempuh4

Suspek dilaporkan mengalami kecederaan di lengan dan kaki namun telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pasir Mas.

Baca: “Dia bersungguh-sungguh menyatakan rasa rindu dan sayang pada saya” – Luahan Rindu Terakhir Isteri Sebelum ‘Pergi’

Langgar

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook