in

“Memalukan negara” – Dua Anggota PDRM Kantoi Curi Seluar Dalam Rakan Sekerja

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang sepatutnya tugas polis ni untuk melindungi rakyat, tapi biasalah dalam setandan pisang, tak semuanya elok.

Macam kes ni, seorang pegawai polis dari Johor telah ditahan kerana memecah masuk rumah rakan sekerjanya pada 2 Ogos lalu. Menurut The Star, mangsa yang merupakan seorang koperal polis wanita telah membuat laporan polis lepas dia perasan yang rumahnya telah dipecah masuk pada pukul 2.30 pagi.


Ceritanya, mangsa mula perasan kesan kasut di dalam rumahnya dan di bilik tidur. Bila diperiksa, beberapa pakaian dalamnya turut hilang.

B88286057Z1 20160825075959 000G8T9Mehp2 0
Gambar hiasan

Ketika ditahan, pihak polis menemui 12 pasang seluar dalam, dua coli dan beberapa kasut dalam simpanan suspek. Tak cukup dengan tu, rupa-rupanya bulan lepas, mangsa pernah buat laporan yang suspek pernah melakukan gangguan seksual online padanya. Kes tak puas hati ke ni?

100608163301
Gambar hiasan

Kesan tapak kaki dan laporan gangguan seksual ini yang membantu pihak penyiasat mengenal pasti identiti suspek.

Tertuduh yang juga seorang polis ini akhirnya mengaku yang dia telah memecah masuk rumah mangsa beberapa kali dan mencuri pakaian dalam mangsa.

Tapi, apa yang lebih mengejutkan, isteri suspek yang juga koperal polis turut mengaku yang dia membantu suaminya pecah masuk rumah mangsa untuk mencuri pakaian dalam wanita malang ini! Seriouslahhh

Ketua polis Kulai, Superitendent Tok Beng Yeow telah mengesahkan penangkapan ini dan berkata dia akan memastikan pasangan ini mendapat hukuman yang setimpal jika disabit kesalahan dan tak akan berkompromi walaupun mereka merupakan orang bawahannya.

Harapkan pegar, pegar makan padi…

 

Baca: Polis Johor Kantoi Ambil Dadah Dalam Balai Tapi Kena Denda RM1,800 Je?

Screenshot 2019 08 05 At 11.28.31 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.