Sejak akhir-akhir ini tagline ‘Malu Apa Bossku’ cukup popular dan menjadi siulan khususnya dalam kalangan anak-anak muda.
Ia selepas video bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan tagline tersebut jadi viral di laman media sosial.
Tapi lain pula jadinya kepada seorang remaja lelaki ini, apabila dia meraung dan merayu selepas menggunakan tagline tersebut.
Korang saksikan sendiri video ini okay.
“Cepat2..tangan letak belakang…nk gari tangan hang”
https://www.facebook.com/mygosip/videos/1204518239714834/?__xts__[0]=68.ARCMBslfDsHuqEHEYgFMqUAbX2HwfNR580Xx21dffvI0hvbdInfVRBXsHeYYdLBSxpMqaGH4-D_P38rHApfkTD9rSLeW2a1rfoQGJvgGTUJlrZpvbkXEXtGlSdZTZ298B30Yv7HYq-ki9jIXBHJFyAPebrl213PK3HYZi1VLvytIa7bjhEa_32sUKYbeXzBoAWqSFyRY2cazotLtStf6wcs6ZNMKdkJHA_CSOLg6D7BBzzRVRz0XqVubaurb0amCZDngS28PEZbwIpD5MU9RBMmEqGbxdz_U6TAw5Ci83Mic1Lk6YPkE69Sh5wyuVB3oIDWCannJe0uZuCzeQ4n4bYxvkafKOX1q&__tn__=-R
Dalam video diatas korang boleh tengok sendiri macam mana reaksi remaja tu lepas ditakut-takutkan oleh geng polis terbabit.
mana ada orang letak no plat bossku
tak baik sian dia….
memandai2 mandai hang boleh bubuh no motor gini
hahahahah…….tak malu.
cepat2 habis koyak, nak gari tangan hang..
Malah dalam linangan air mata, remaja terbabit dilihat bersungguh-sungguh menanggalkan no plat ‘Bossku’ pada motosikal yang dinaikinya semata-mata tak mahu ‘digari’ dan dibawa ke lokap seperti yang dikatakan polis tersebut.
Semakin remaja tersebut meraung dan merayu, semakin galak geng-geng polis ini membahan remaja terbabit namun salah seorang dari polis tersebut ada juga mengatakan yang dia tidak patut menampal plat bossku pada motosikalnya sebelum meredakan tangisan remaja tersebut..alahai abam-abam polis pun, kuat menyakat.
Disebabkan reaksi lucu remaja terbabit dan perangai geng-geng polis yang selamba menyakat remaja itu, rata-rata netizen terhibur dan tampil dengan komen masing-masing.
Walaupun netizen kesian dengan remaja lelaki yang merayu-rayu dengan polis supaya tidak digari dan dibawa ke lokap, namun mereka berharap ia boleh jadi pengajaran kepada remaja itu supaya tidak sesuka hati melanggar peraturan yang telah ditetapkan..betul la tu, kalau ikut peraturan confirm tak kena sakat dah.
Polis pun usik sakan aihhhhhhh
hahah memalukan akta mat rempit laa ko ni haaha
Kelakar jgk abg2x polis ni…suka sangat menyakat