Umum tahu sejak akhir-akhir ini peristiwa kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin, ternyata membangkitkan kemarahan manusia di seluruh dunia.
Sejak dari itu, banyak protes telah dilakukan bagi menentang kekejaman dilakukan oleh rejim zionis itu.
Israel hina Al-Quran
Baru-baru ini Israel sekali lagi dilihat bagai sengaja menuang minyak ke dalam api apabila membuat perkara yang dianggap menghina Al-Quran.
Melalui posting dpercayai akaun Twitter Kementerian Luar Negeri Israel, mereka memuat naik gambar mengebom bumi Gaza dengan kapsyen potongan ayat dari surah Al fil.
Perkara ini ternyata meningkatkan kemarahan umat islam di seluruh dunia kerana Al Quran adalah kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW serta merupakan mukjizat terbesar dan abadi.
Surah Al-Fiil
Kenapa surah Al-Fiil? Bagi yang tidak tahu surah ini turut dikenali sebagai surah gajah kerana menghuraikan kejadian yang ketika itu berlaku pada tahun gajah.
Peristiwanya adalah apabila seorang pembesar Yaman bersama tenteranya ingin menyerang dan menghancurkan Kaabah. Namun usaha mereka gagal apabila dilontar oleh rombongan burung Ababil, membawa batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras diutuskan oleh Allah SWT.
Jadinya dekat sini, pihak Israel nak menyatakan bahawa mereka ini ‘kononnya’ mereka umpama burung-burung tersebut untuk menyelamatkan bumi Palestin itu daripada penjahat yang dituju kepada Hamas.
Israel dan play victim berpisah tiada, kita doakan kemenangan buat saudara kita di Palestin!
Sumber : SinarHarian, IDN Times, Wikipedia
Baca : Satu-satunya Makmal COVID 19 di Palestin Musnah Akibat Serangan Udara Israel