in

Melaka Tersenarai Sebagai Salah Satu Destinasi ‘Trendy’ Tahun Hadapan

Melaka Destinasi Trendy 2022

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas banyak negara kembali membenarkan menerima pelancong luar, sebuah laman web tempahan penginapan terkenal, Booking.com baru-baru ini telah menyenaraikan destinasi yang bakal ‘trending’ pada tahun 2022.


Menariknya, senarai destinasi yang biasanya terkenal sebagai destinasi tumpuan seperti bandar New York, Bangkok, Turkey dan lain-lain tidak tersenarai.

Selain itu, tahun 2022 dikatakan tahun yang mana sektor pelancongan akan kembali pulih setelah teruk terjejas gara-gara pandemik yang melanda seluruh dunia. Menerusi ramalan laman web terkemuka berkenaan, 8 destinasi telah terpilih.

Eukn Paris

Kalau diperhatikan, semua destinasi yang disebutkan sebagai ‘trendy’ pada tahun 2022 ini bukanlah destinasi yang menjadi tumpuan para pelancong, sebagai contoh, Atlanta pada kali terakhir menjadi tumpuan adalah pada tahun 1996 dan pada waktu itu, berlangsungnya temasya sukan olimpik.

Dalam masa yang sama, terdapat juga beberapa destinasi di Asia yang turut tersenarai, antaranya adalah sebuah bandar di Taiwan iaitu Taichung, yang merupakan bandar kedua terbesar di negara tersebut.

Taichung

Jika pemilihan bandar-bandar tadi tidak terlalu mengejutkan, difahamkan Booking.com telah menamakan bandar Gramado berbanding bandar yang sering menjadi sebutan di Brazil seperti Rio de Jeneiro mahupun Sao Paulo.

Paling menarik perhatian ramai adalah bandar Melaka yang turut tersenarai di kedudukan ke-8 dan merupakan satu-satunya bandar daripada Asia Tenggara dan tiada nama bandar terkenal lain seperti Jakarta mahupun Bangkok.

Melaka River Cruise

Berikut adalah senarai penuh destinasi ‘trending’ untuk tahun 2022 pilihan Booking.com :

1. Atlanta, USA
2. Taichung, Taiwan
3. Gramado, Brazil
4. Santo Domingo, Dominican Republic
5. Brasov, Romania
6. Llandudno, UK
7. Montpellier, France
8. Melaka, Malaysia

Harapnya, selain pelancong luar, pelancong tempatan juga turut kembali memeriahkan destinasi pelancongan Malaysia yang sememangnya diketahui terjejas teruk sejak dilanda pandemik. 

Baca : “Datang Melaka, hati kena kental” – Makcik Steady Sembang Dengan Customer Macam Nak Gaduh

Page Melaka

Sumber: EUKN
Sumber: Pinterest
Sumber: Unsplash
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.