in

McDonald’s Raikan Hari ‘Single’ Sedunia Dengan 11 Menu Menarik!

The Singles Mcdonalds

Tarikh 11.11 setiap tahun yang dikenali sebagai hari ‘single’ merupakan tarikh yang biasanya ada pelbagai tawaran menarik daripada kedai baik secara fizikal atau atas talian.

Tahun ini, McDonald’s pun turut serta dengan mengajak orang ramai untuk swipe right atau memilih menu ‘single’ yang ada di rangkaian restoran tersebut dengan tema ‘The Single 11’.

Kempen yang diadakan McDonald’s ini mengetengahkan menu-menu yang sering tidak ‘dipandang’ oleh orang ramai, tidak seperti menu yang sentiasa menjadi pilihan ramai di restoran makanan segera tersebut.

Burger Mcd

Agak berlainan dengan tawaran biasa diadakan sempena 11.11 seperti potongan harga atau diskaun dan konsep yang diketengahkan McDonald’s tahun ini ingin membawakan semula ‘keriangan’ kepada hari single ini.

Pengguna boleh memilih dari 11 menu yang ‘kurang terkenal’ namun disertakan dengan profail tentang makanan tersebut, ala-ala profail yang sering kelihatan pada laman web carian jodoh.

Difahamkan, kempen ini telah diadakan di 6 buah negara seperti Brunei, India, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vienam bermula 1 November dan akan berakhir pada 27 November nanti.

Sama seperti laman pencarian jodoh, pelanggan akan diperkenalkan kepada menu-menu tersebut melalui media sosial dan memberikan menu tersebut ‘peluang kedua’ dan ianya akan disertakan dengan perwatakan setiap menu tersebut sebagai contoh; Bubur Ayam McD yang merupakan penenang jiwa.

Jom tengok menu-menu yang dimaksudkan :

Menu Single Mcdonalds

Selain gambar profail yang menyelerakan tersebut, kempen ini akan menggunakan format interaktif dan boleh digeser supaya pelanggan boleh mencari ‘pasangan’ yang sesuai. Sebaik mendapat pasangan, pelanggan akan dihantar ke aplikasi McDonald’s.

Untuk maklumat lanjut, klik sini: mcdonalds.com.my/tastysingles11

Sumber: Mcdonald's
Sumber: McDonald's