Sehingga setakat ini, dunia masih dalam keadaan berjaga-jaga dengan penyebaran wabak Coronavirus. Penyakit yang boleh membawa maut itu cepat tersebar kerana ianya boleh tersebar melalui air liur, sentuhan malahan mata.
Menurut akaun Twitter @MuhammadLila, beliau ada memuat naik gambar seorang lelaki berbangsa China yang dikata seorang doktor yang merawat pesakit-pesakit Coronavirus. Apa yang menarik perhatian ialah, doktor tersebut, Liang Wudong adalah doktor pertama yang meniggal dunia akibat Coronavirus.
Mati sebagai hero
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati atas pemergian Liang Wudong, doktor yang terlibat dalam merawat mangsa virus tersebut.
Betul, walaupun dia hanya doktor biasa, tapi khidmatnya sebagai doktor yang terlibat merawat mangsa Coronavirus telah mendapat perhatian dunia.
Rest in peace doctor! Terima kasih atas jasa dan pengorbanan anda. Hampir semua netizen mengucapkan salam takziah ke atas Doktor Liang Wudong.
Itulah yang semua orang didunia harapkan, China kembali pulih seperti biasa. Semoga kita semua selamat dari dijangkiti virus tersebut.