Mat Saleh Heret Lelaki Sawan Keluar Tren, Tinggalkan Terbiar

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Sampai hati dia buat macam tu!

Bila dah on the way balik kerja mesti semua orang nak cepat-cepat sampai kat rumah terutamanya bagi yang guna pengangkutan awam. Tu termasuklah dengan seorang lelaki mat saleh kat Long Beach, California ni.

Tapi mat saleh ni sanggup buat benda tak patut semata-mata sebab nak balik cepat. Menurut Nextshark, lelaki tu dikatakan mengheret seorang penumpang yang tak sedarkan diri keluar dari tren tersebut sebab dia nak balik rumah dan malas nak tunggu paramedik sampai.

Sumber: Nextshark

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penumpang lelaki tu dipercayai kena sawan sebelum tak sedarkan diri dalam insiden jam 10:30 malam berkenaan. Saat mat saleh mengheret penumpang yang sawan keluar dari tren tu rupanya dirakam oleh seorang individu bernama Godsun.

“Penumpang tu pengsan dalam tren. Mat saleh ni heret penumpang sawan tu keluar tren supaya dia tak kena berhenti dan terlepas tren.”

“Kat bahagian atas kepala dia ada lubang, ada staples kat kepala dia, macam someone yang baru keluar hospital. Mula-mula mat saleh tu mintak tolong orang ramai untuk heret penumpang yang sawan tu keluar tren.”

Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark

Lepas mat saleh tersebut keluarkan penumpang sawan tu dari tren, dia dengan selambanya cakap kat Godsun yang ramai lagi orang kat dalam tren tu nak balik rumah. Sebab tu lah dia buat macam tu. Tapi semua orang cuba hentikan pintu tren daripada tertutup.

Mungkin sebab orang lain terkejut dengan tindakan dia, mat saleh tu keluar balik dan periksa nadi lelaki sawan berkenaan. Lepas tu dia kembali ke tempat duduk dia dalam tren. Mujurlah tak lama lepas tu pasukan paramedik sampai dan selamatkan lelaki sawan tersebut.

“Pelik sangat. Selalunya orang akan cuba nak bantu kalau kejadian macam ni jadi kat seseorang. Tapi mat saleh tu cuma fikirkan pasal diri sendiri dan buang penumpang sawan tu macam tu je, macam nyawa ni tak ada makna,” kata Godsun lagi.

Sumber: Nextshark
Sumber: Nextshark

Penumpang yang sawan tu dikatakan kini berada dalam keadaan stabil dan polis masih menyiasat jika berlaku sebarang kecuaian dalam kes ni.

Semoga penumpang sawan tu cepat sembuh.

Baca: Tinggal Kat Kedai Burger Je…

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.