in

“Mat Sabu memang lawak la..”

Matsabuuu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Mat Sabu memang lawak la.."
Loading
/

Menteri Pertahanan kita Mohamad Sabu memang dikenali sebagai seorang yang suka berjenaka. Dia buka mulut je semua orang tergelak. Inilah yang terjadi kat warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan tetamu jemputan di Majlis Penyampaian Sumbangan Bungkusan Hari Raya Aidilfitri semalam.


Menurut Berita Harian, Mohamad Sabu yang lebih selesa dengan panggilan Mat Sabu mengatakan bahawa dia sudah berpuluh-puluh tahun berceramah tanpa teks. Namun sejak menjadi seorang menteri, dia berasa janggal kerana tiba-tiba kena ikut teks ucapan yang disediakan.

Gelak
sumber: facebook

Pengakuan Mat Sabu itu disambut gelak ketawa anggota tentera dan tetamu yang hadir di Auditorium Wisma Pertahanan itu.

“Sebelum ini, 40 tahun saya berceramah tanpa teks, tiba-tiba kena baca teks ucapan pula.”

Bukan hanya bergelak ketawa, Mat Sabu juga dilihat sebak ketika bercakap pasal pengorbanan perajurit zaman dahulu yang menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan demi mempertahankan negara.

Ok2
sumber: berita harian

Dalam majlis tersebut, ATM menerima sumbangan kewangan daripada 48 agensi membabitkan sektor korporat, badan berkanun, syarikat swasta dan persatuan sukarela yang keseluruhannya berjumlah RM1.64 juta. ATM juga ada menerima sumbangan barangan daripada 11 syarikat, koperasi dan persatuan sukarela.

“Saya selaku Menteri Pertahanan mewakili warga ATM berterima kasih atas sumbangan yang diterima.”

Ok3
sumber: berita harian

“Keprihatinan dan keikhlasan ini menjadi bukti rakyat menghargai curahan bakti perjuangan dan pengorbanan ATM dalam mendaulatkan tanah air.”

Setelah menonton gelagat Mat Sabu yang sentiasa menghiburkan, orang ramai mengatakan bahawa Menteri Pertahanan kita ni memang kelakar. Menurut mereka, walaupun dia tak berkata-kata tapi bila tengok muka dia je kita dah rasa nak ketawa!

“Mat Sabu ni memang lawak la..”

“Jangan baling mic tu pulak Abang Mat!”

“Lepas ni Mat Sabu boleh masuk Maharaja Lawak!”

“Tengok muka je pun dah gelak!”

Ok1
sumber: berita harian

Admin pun memang nak tergelak tengok muka Menteri Pertahanan kita ni. Boleh ceria sepanjang hari!

Tonton video Mat Sabu kat Majlis Penyampaian Sumbangan ni:

Sumber: Facebook

Baca: “Power English Abang Mat!”

Ckmc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.