in

”Mat moto kita mmg steady” – Warga Taiwan Kongsi Pengalaman, Terkejut Tengok Cara Pemanduan Di Malaysia

1moto

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jalan raya dan jalan-jalan utama di negara kita tidak pernah lekang dari kehadiran pelbagai jenis kenderaan. Dari yang beroda dua, sehinggalah beroda lebih dari empat, semuanya menjadi pengguna jalan raya.

Dengan kehadiran banyak kenderaan di jalan, ini secara tak langsung telah meningkatkan kemahiran kita sebagai penunggang dan pemandu. Walau bagaimanapun, cara pemanduan kita ini telah menyebabkan seorang warga Taiwan mengalami kejutan budaya. Kalau korang nak tahu apa reaksi dia, korang boleh tengok video @anthraxxx781 di bawah.


 

Mat moto kita memang steady

Kalau tengok video tu, memang kita rasa semua benda tu normal. Kadang-kadang tu kita tak peduli pun kalau ada moto yang rapat atau cilok diantara kenderaan lain. Bab laju tu, min rasa kat mana-mana negara pun ada pemandu tanpa pedoman yang akan drive macam tu.

Screenshot 2024 04 06 at 11.52.05 AMIni kalau dia tengok lori atau bas yang macam racing dekat atas highway, mahu menyesal dia datang Malaysia. Kita yang tengok pun kadang-kadang seram dibuatnya. 

Screenshot 2024 04 06 at 11.52.25 AMRasanya ini semua orang dah tahu. Pemandu dekat Pulau Pinang memang lain macam sikit. Min rasa kalau dia drive dekat Penang, silap haribulan berhenti tepi sebab give up dengan perangai driver kat sana.

Screenshot 2024 04 06 at 11.53.51 AMMungkin sepanjang dia ada dekat Malaysia, semua king tengah behave kot. Maklumlah, tengah puasa kan. Kalau dia datang time musim Myvi buat hal, memang macam-macam lah dia boleh nampak. 

 

Baca: “Macam semut” – Mat Moto Bertempiaran Lari Lepas Nampak Sebuah Kereta Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.