in

“Masuk tv show pura-pura jadi parent angkat penyayang” – Jung In : Diambil Jadi Anak Angkat Untuk ‘Content’ Video Dera

Dera

13 Oktober 2020 tahun lepas, Polis dari Yangcheon, Seoul, Korea telah menangkap 2 orang ibu bapa angkat yang dikenali sebagai Jang dan Ahn akibat kematian bayi mereka, Jung In.

Tangkapan itu akhirnya dibuat apabila Jung In meninggal dunia setelah kedua-dua ibu bapa angkat durjana ini berjaya lepas daripada 3 pertuduhan penderaan sebelumnya.

 

Anggap mereka tiada kaitan dengan kematian Jung In

Unnamed 3

Pada awal siasatan, mereka berdua menafikan pertuduhan itu dengan menegaskan bahawa mereka tiada kaitan dengan kematian Jung In.

Bagaimanapun, polis telah berjaya menemukan 800 video-video Jang sedang mendera Jung In secara fizikal dan mental. Polis juga melampirkan hasil bedah siasat yang menunjukkan punca kematian Jung In iaitu kerosakan pada bahagian abdomen akibat daya luaran yang kuat (pukulan).

Semenjak hasil siasatan mengesahkan Jang telah mendera bayi berusia 16 bulan itu, rakyat Korea jadi sangsi dengan kes ini kerana mereka berdua pernah muncul dalam satu program tv bersama, berpura-pura menjadi ibu bapa yang penyayang sebab ambil anak angkat.

Dalam program itu, Ahn, si bapa angkat ada membuat kenyataan sebegini

Kami nak wartakan bahawa, bukan sahaja selebriti, tetapi orang biasa macam kami juga boleh ambil anak angkat. Ia bukanlah satu perkara yang memalukan, tetapi ia patut diraikan. ” Kata Ahn kkepada siaran TV EBS sebelum ini.

Unnamed 1

 

Ada cuba nak bunuh Jung In

Berbalik kepada siasatan, rakyat Korea ada mendakwa bahawa Jang dan Ahn cuba nak bunuh Jung In dengan cara menderanya.

Dibawah ini gambar perbandingan Jung In sebelum dan selepas dia diambil sebagai anak angkat yang pernah viral di Korea sebelum ini.

Unnamed
Jelas kelihatan keadaan jung in berbeza dengan ketara dalam masa 2 bulan sahaja dia ‘diambil’ oleh pasangan kejam ini.

Melihat perubahan drastik Jung In, ada rakyat Korea membuat petisyen dan berjaya memperoleh 200,000 tanda tangan dan sekaligus menggemparkan Korea terhadap kes tersebut.

 

Pendedahan bagaimana Jung In didera

Eq2Lnexucaalecq

Pada 2 Januari 2021 lepas, satu episod daripada program TV di Korea. Unanswered Questions membuat pendedahan yang agak mengerikan bagaimana Jung In didera sepanjang 10 bulan dia diambil oleh pasangan durjana ini.

Pertama sekali, episod punca kematian Jung In, seperti yang diperjelaskan tadi, ia akibat kerosakan pada abdomen akibat daya kuat daripada luaran dimana pankreas Jung In telah pecah.

Individu profesional dalam bidang medikal berkata

“Pankreas pecah, di Skala Kecederaan Singkatan (AIS) ia berada di skala ketiga.”

Satu tahap kecederaan yang begitu parah.

“Perlu ada kekuatan pada  3,800 – 4,200N bagi seorang anak berusia tiga tahun untuk menerima tiga tahap kerusakan pada perut yang parah”. 

Tu 3 tahun tu, kalau setahun lebih macam Jung In ni?

Jadi, untuk mendapatkan daya momentum seperti itu, sumber Koreaboo.com mendedahkan beberapa demo dilakukan dalam episod dokumentari itu.

Dalam episod itu, ada beberapa eksperimen dilakukan menggunkan satu mannequin bayi dan seorang wanita yang mempunyai ketinggian yang sama dengan Jang.

Pada mulanya, wanita itu berusaha menjatuhkan mannequin dari ketinggiannya – seperti yang dijelaskan Jang kepada polis ketika disoal mengenai lebam dan patah tulang Jung In. Tetapi hasil kekuatan momentom itu, hanya 720-1,433N, jauh daripada julat anggaran tadi, iaitu 3,800 – 4,200N.

Eksperimen seterusnya, mereka menggunakan atlet taekwondo. Sumber menjelaskan bahawa pengamal taekwondo mampu mencapai daya momentum sebanyak 2,713N apabila menendang abdomen mannequin tersebut.

Malah mereka juga mendapatkan demo daripada seorang peninju dan dia mencapai sebanyak 4,387N dengan menghempas patung mannequin tersebut ke dinding.

Seorang profesor kejuruteraan yang mengawasi eksperimen itu mengatakan bahawa…

“Angka itu jauh lebih tinggi ketika mannequin itu berdiri di dinding dan menyerap 100% kekuatan luaran” – menjelaskan bagaimana Jung In mungkin diposisikan selama dia didera.

Unnamed 4

Untuk mendapatkan hasil momentom yang sama, ada wanita yang sama tinggi dengan Jang tadi cuba pelbagai kaedah penderaan. Hasilnya, dia mendapat 1,778N dengan memijak mannequin yang terbaring diatas lantai itu dan berdiri diatasnya.

Unnamed 5

Apabila dia lompat dari sofa dan terus pijak atas mannequin itu, baru lah dapat jumlah anggaran yang lebih kurang sama iaitu 3,869N.

Boleh rujuk kat bawah ni. Bayangkan dia buat macam tu kat bayi yang tak berdosa ni.

Apapun, ini hanyalah ramalan sahaja, Unanswered Question sendiri tak boleh nak sahkan samada Jang melakukan perkara yang sama kepada Jung In ataupun tidak, mungkin daya kekuatan itu digunakan dengan cara lain.

Namun begitu, dokumentari tersebut membangkang jika kenyataan Jang yang mengatakan bahawa dia jatuhkan Jung In (berdasarkan amaun daya kekuatan penderaan yang mereka ramalkan).

Unnamed 6

Selepas episod itu ditayangkan, ramai rakyat Korea menyifatkan ia merupakan episod paling trauma berbading dengan episod-episod lain.

Unnamed 7

Susulan itu, lebih banyak petisyen dibuat untuk mendorong pemerintah Korea dan sistem perundangan  untuk menjatuhkan hukuman yang lebih berat ke atas jenayah yang melibatkan kanak-kanak.

Rasa trauma, sedih, marah, geram bercampur aduk apabila terbaca kes ini. Harap adik Jung In tenanang disana.

 

Baca : Baru Sehari Lapor Diri, Anggota Tentera Maut Dipercayai Didera Lepas Dijumpai Cedera Parah Jatuh Dari Tingkat 3 Bangunan

Cedera

Sumber: Koreaboo.com
Sumber: Koreaboo.com
Sumber: Koreaboo.com
Sumber: Twitter