in

‘Masuk dlm sikit, rumah saya kt belakang warna kuning’- Alamat Rumah Jadi Bahan Lawak Netizen, Tapi Ramai Tak Tahu Gadis Ini Sebenarnya..

Image 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sape kat sini rajin shopping online? Hah! jangan nak pura-pura suci eh, ingat admin tak tahu bukan perempuan je yang gila barang online ni, lelaki pun tak terkecuali.


So nak pastikan barang yang kita order tu sampai, mestilah kita akan bagi details yang selengkap-lengkapnya kan? Takut salah tulis alamat, lain tempat yang dihantarnya nanti.

Nak dijadikan cerita, kisah seorang gadis ni jadi viral kat media sosial selepas alamat yang diberikannya kepada platform pembelian atas talian jadi perhatian netizen..pulak! ape kes ni.

“Saya sudah berikan alamat yang sebenar dan dalam ruangan keterangan di platform pembelian atas talian itu ada masukkan keterangan tambahan mengenai jalan untuk ke rumah.”

“Tidak sangka keterangan tambahan itu yang diguna pakai sebagai alamat utama untuk menghantar barangan yang saya beli.”

Lapor hmetro, anak kedua daripada tujuh beradik itu iaitu Nur Rabiatul Adawiyyah Zamri, 18 tahun berkata sebenarnya ada berlaku salah faham dan kesilapan teknikal dalam alamat yang diberikan kepada platform e-dagang terkenal tu.

‘Masuk ke dalam sikit, rumah saya kat belakang warna kuning’

Img

Katanya, dia sudah memberikan alamat sebenar iaitu di Kampung Jerantut Feri ketika membuat pesanan terbabit.

Tapi memang saya akui kedudukan rumah agak ke belakang dan ada menulis dalam ruangan keterangan yang disediakan dalam platform e-dagang itu. Saya tak sangka alamat ini digunakan untuk menghantar barangan itu kepada saya,”

Malah Rabiatul mengakui ada menulis ‘Masuk ke dalam sikit, rumah saya kat belakang warna kuning’ pada ruangan keterangan tambahan..nak buat camne Rabiatul, aduhh hahah.

Katanya dia dah pun mengambil bungkusan tersebut di Pejabat Pos Jerantut lepas dihubungi kakitangan Pos Malaysia pada Jumaat lalu.

Rupanya Rabiatul pesakit Kanser Darah..

Mesti korang nak tau apa yang Rabiatul beli kan? Special sangat ke? Ni admin nak bagitau, especially for those yang jadikan alamat Rabiatul sebagai bahan jenaka tu.

Kata Rabiatul barangan yang dibeli secara online itu ialah produk farmasi iaitu makanan tambahan kerana dia pesakit kanser darah.

“Saya baharu selesai menjalani rawatan kemoterapi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kini sedang berehat.

“Saya menghidap penyakit ini sejak usia 15 tahun dan bulan depan akan ke PPUM lagi untuk rawatan susulan,”

Pada masa sama, Rabiatul sebenarnya rasa sedikit terkilan sebab nombor telefonnya tersebar lepas je alamat rumahnya viral.

Malah sejak daripada kejadian itu, dia terima banyak panggilan telefon dan whatsapp..pulak dah, korang dah buat apa ni?

“Saya tidak kisah kerana saya sendiri pun ketawa melihat alamat itu tetapi terpaksa berdepan dengan panggilan telefon dan mesej dari pagi sampai ke malam kerana netizen ingin mengetahui cerita sebenar.

“Saya juga turut membalas beberapa komen di Facebook dan menjelaskan perkara sebenar. Ramai yang anggap saya ingin berjenaka dengan menulis alamat sedemikian namun sebenarnya ia adalah sedikit kesilapan teknikal dan akan lebih berhati-hati selepas ini supaya ia tidak berulang.”

So korang lepas ni jangan la suka-suka hati nak bahan orang lain, mungkin ada benda lain yang jadi, dan untuk Rabiatul semoga cepat sembuh, keep strong okay!

Baca : Kelibat seekor badang masuk kedai pizza – Wanita Dibahan Gemuk Dalam Group Whatsapp Kerja

Featured 3 768X404 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.