“Kelibat seekor badang masuk kedai pizza…”- Wanita Dibahan ‘Gemuk’ Dalam Group Whatsapp Kerja

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Gemuk, Badak, Tong Dram, Gedempol,Bob,Gajah, Debab dan macam-macam lagi gelaran kepada individu yang mempunyai saiz badan yang agak besar.

Malah golongan-golongan sebegini sentiasa menjadi bahan jenaka tak kira dimana mereka berada..kenapa ehh?

Namun pernah kita fikir tentang perasaan mereka? Adakah mereka gembira dengan panggilan-panggilan ‘manja’ kita?

Perkara sama juga terjadi kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Mira, apabila rakan-rakan di tempat kerjanya ‘membahan’ dia di dalam group whatsapp dengan nama yang menghina fizikalnya.

Ternyata Mira kecewa dan terasa dengan tindakan rakan-rakan sekerja yang memalukan dia sedemikian rupa.

I did not respect people who humiliate me like this. No respect for you. This is mentally and physically bullying!.

Tugu ke manusia, cuba tekaaa….

 

Bagi Mira, kata-kata ejekan yang berbaur menghina fizikalnya yang sering dilemparkan rakan sekerja bernama Azid tidak boleh diterima kerana ia secara terang-terangan telah memalukan dan menjatuhkan air mukanya.

Gempa skala 8!!!

 

Tindakan staf tersebut disifatkan sebagai tak bermoral langsung, kerana jelas melakukan body shaming kepada gadis itu.

Melihatkan kepada nama group whatsapp tersebut, kejadian ini dipercayai berlaku di sebuah restoren Pizza di Damansara Damai.

Sumber : Facebook

Rakan sekerja dah mohon maaf

Sebentar tadi Mira sekali lagi memuat naik status yang pelaku telah memohon maaf kepadanya, malah mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbiran Pizza Hut yang prihatin selain kepada orang ramai yang memberi sokongan moral kepadanya.

Sementara itu, ramai yang memberikan sokongan kepada Mira selain ‘pesanan’ kepada mereka diluar sana khususnya Azid, supaya tidak menghina fizikal seseorang.

It’s not your fault if you oversized..

Jangan mudah nak hina ciptaan Allah…

Harap Azid berubah n insaf…

Sumber : Facebook

Alhamdulillah akhirnya semua selesai dengan baik, tapi kan bagi admin kita tak perlu la nak hina atau kutuk orang lain sebab kita ni bukannya sempurna pun kan…chow~

Baca : Pelajar Bunuh Diri Sebab Tak Tahan Selalu Diejek Gemuk

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.