in

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang Ditutup Selepas Seorang Jemaah Positif COVID-19

Untitled Collage 59

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Solat Jumaat, solat fardhu dan sebarang aktiviti di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang ditangguhkan bermula petang kelmarin sehingga satu tempoh yang akan dimaklumkan semula kelak.

Bernama melaporkan, Jabatan Agama Islam Selangor mengeluarkan arahan penutupan tersebut selepas seorang jemaah yang hadir menunaikan solat di masjid itu pada 2 Oktober lalu — disahkan positif jangkitan COVID-19.

Dalam satu kenyataannya, JAIS memaklumkan mengikut rekod — bilangan jemaah yang hadir menunaikan solat Jumaat pada tarikh tersebut adalah seramai 1,310 orang.

Justeru para jemaah yang hadir pada waktu berkenaan diseru supaya segera melakukan saringan di klinik kesihatan sekiranya bergejala atau melakukan kuarantin di rumah masing-masing.

Susulan itu juga, pihak JAIS akan mengadakan membincangkan secara terperinci mengenai tindakan lanjut berhubung kedudukan masjid tersebut dalam waktu terdekat ini.

Buat masa ini, hanya tiga petugas dari kalangan pegawai atau ahli jawatankuasa dibenar masuk untuk melaungkan azan dan menunaikan solat fardhu.

Ej5Syyju4Aio Iz

 

Baca: Masjid, Tadika & Surau Di Jerantut Ditutup Selepas Ada 4 Kes Positif COVID-19, Individu Baru Balik Dari Sabah

Capture 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.