in

“Masih ada yang jujur” – Atu Zero Bernasib Baik Lelaki Pulangkan Semula Dompet Tercicir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah hilang dompet, tak? Kalau dah tercicir atau tertinggal kat mana-mana selalunya jarang yang kita jumpa balik. Tapi seorang pelawak tempatan ni memang bertuah sebab dapat jumpa balik barang dia.


Menurut Gempak, pelawak dan pengacara Atu Zero telah kehilangan dompet yang berisi banyak dokumen penting dan sejumlah wang tapi dipulangkan semula oleh seorang lelaki tak dikenali. Macam tak percaya, kan?

Sumber: Instagram

Dompet tu katanya mungkin tercicir masa Atu dan keluarga singgah kat sebuah restoran di Shah Alam untuk menjamu selera. Seperti yang diceritakan kat Instagram isteri Atu, suami dia melompat-lompat masa nak ke tempat parking sampai tak perasan dompet tercampak keluar.

“Sebelum balik kampung, makan di pecel lele Padang Jawa, hujan lebat dan kenyang masing-masing jadi sendu. Terima kasih kepada yang menjumpai dan PM saya tentang dompet suami saya ini,” kata isteri Atu.

“Dia melompat-lompat nak ke parking tak sedar dompet tercampak keluar. Sampai Setia Alam, patah balik ke sana, tak sempat cari Abang ini sudah call. Pantas kan! Alhamdulillah, masih ada lagi yang jujur di bumi Allah ini. Terima kasih.”

Sumber: Instagram

Lepas terjumpa dompet Atu, lelaki tu khabarnya minta pertolongan kat group Whatsapp untuk hubungi pelawak tersebut. Dia siap pesan supaya pemilik cepat-cepat hubungi dia supaya boleh pulangkan dompet dengan duit-duit kat dalam tu sekali.

“Pada pemilik dompet ini sila hubungi saya segera untuk mengambil semula dompet anda berserta duit-duit yang ada di dalam dompet ini,” tulis lelaki tu dalam mesej Whatsapp yang disebarkan.

“Hak milik artis tempatan kita. Sama-sama kita viralkan sehingga pemilik ini dapat mengambil semula dompet beliau.”

Sumber: Instagram

Lepas isteri Atu share mesej Whatsapp yang dia terima, netizen puji sikap jujur lelaki tu yang dengan sedaya upaya nak kembalikan barang bukan milik dia.

“Syukur alhamdulillah ada lagi yang jujur macam ni.”

“Selalunya kalau dapat balik, duit entah ke mana.”

Waaah, memang jarang nak jumpa orang jujur macam ni zaman sekarang! Tindakan murni lelaki ni memang boleh kita jadikan teladan!

Baca: Penjual Buah Guna Media Sosial Untuk Cari Pemilik Dompet Berisi RM3,000

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.