Sehari dua ni viral dua rakaman video di media sosial khususnya facebook mengenai seorang lelaki berkain pelikat yang kelihatan marah-marah di atas sebuah motosikal.
Dalam rakaman video tersebut dia dikatakan menterbalikkan meja dan kerusi sehingga kertas bertaburan di atas lantai dalam kejadian di salah sebuah klinik kesihatan di Kelantan.
Menurut individu yang berkongsi video tersebut, punca kejadian tidak dapat disahkan namun…
Dengar kata si anak marah kepada misi (jururawat) sebab ambil darah mek (ibu) dia banyak sangat sampai biru tangan” – sumber facebook
Dalam video tersebut boleh dengar yang lelaki tersebut menuturkan dialek Kelantan namun berbunyi sedikit berbeza, berkemungkinan dari bahagian selatan Thailand, lapor mStar.
Di ruangan komen, ada beberapa netizen menyuarakan pendapat lelaki itu merupakan warga Melayu-Thailand yang menetap di negeri itu.
Malah ada yang memberi cadangan supaya laporan polis dibuat kerana pelaku dipercayai telah menakut-nakutkan penjawat awam melakukan tugas.