Isu kegagalan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong ke Sukan Olimpik Paris 2024 susulan gagal beraksi di Kejohanan Akuatik Dunia di Doha, Qatar pada minggu lepas telah menjadi perbualan ramai.
Pandalela ada mendedahkan bahawa kegagalannya dalam acara 10 meter platform individu dan seirama dengan Nur Dhabitah Sabri adalah disebabkan masalah dalaman namun enggan mendedahkan ia secara lebih terperinci.
Ada perkara yang tidak kena berlaku dan itulah yang terjadi. Perkara itu sudah menjadi tambahan kepada semua yang berlaku,” kata Pandelela.
Artikel berkaitan: Pandalela & Dhabitah Gagal Layak Ke Sukan Olimpik Paris 2024
Artikel berkaitan: Tular Isu Lawak Lucah, Pandalela Rinong Turut Kongsi Pengalaman Pahit Bersama Bekas Jurulatih
“Manusia bila gagal bagi alasan, tolak kiri kanan…”
Tak cukup dengan itu juga, terdapat juga dakwaan penerjun negara berkenaan mengatakan bahawa ada ‘entiti’ yang mengganggu mereka sehingga gagal beraksi cemerlang dalam kejohanan terbabit.
Namun perkara berkenaan disangkal oleh Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS), Andy Low yang menganggap semuanya hanya alasan semata-mata.
Manusia bila gagal bagi alasan, tolak kiri kanan, ini orang semua tidak profesional tetapi mahu ambil gaji.
“Itu anda perlu pergi tanya dia (berkenaan entiti). Setahu saya sebelum kejohanan kita dengannya setiap kali berjumpa, bermesyuarat dan bincang, tanya ada masalah atau tidak. Tidak ada yang hendak cakap,” katanya kepada Harian Metro.
Tambah Andy lagi, semua itu adalah alasan selepas dan sebagai manusia sudah tentu cuba memusingkan fakta serta keadaan sebenar.
“Dia harus cakap minta maaf Malaysia kali ini saya gagal, habis cerita. Manusia memang ada yang gagal tidak akan tiap-tiap hari sempurna 100 peratus tidak gagal.
“Mesti kita hormati (alasan Pandelela) kita akan duduk dengannya (berbincang) seawal mungkin panggil dia kita mahu tahu dulu apa masalah itu,” katanya lagi.
“Anda tak mahu bersara mahu ‘loncat’ sampai 60 tahun pun saya terima tapi…”
Bila ditanya mengenai hasrat Pandelela yang masih belum bersara dan meneruskan karier, beliau berkata persatuan menghormati pendirian itu.
“Tidak ada masalah itu hak rakyat, anda tidak mahu bersara mahu ‘loncat’ sampai 60 tahun pun saya terima tetapi bila ada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) antara Majlis Sukan Negara (MSN) dan MAS anda tidak boleh capai, anda tahu pintu itu di mana.
“Tak perlu kita halau, kita halau kata orang tak elok, dia pun sudah banyak naikkan nama Malaysia tetapi bila anda bukan lagi dalam keadaan seperti dulu, harus sedar diri, kalau dia mahu cakap macam itu kita guna KPI, setiap tahun anda mesti capai KPI, kalau tidak boleh capai tidak boleh salahkan kami,” katanya.
Katanya lagi, MAS akan minta pihak terbabit untuk membuat laporan untuk mereka duduk bersama dan melakukan bedah siasat mengenai kegagalan skuad terjun di Doha.
Perbincangan ini juga katanya akan diadakan bersama MSN, Institut Sukan Negara dan barisan jurulatih dan ia masih belum melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Sumber: Harian Metro