in

“Manipulasi, tipu helah” – Tak Puas Hati Tewas, Anak Zahid Hamidi Lapor Jawatankuasa Pemilihan

Ft Nurul Zahid Tewas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun menang dalam  jawatan EXCO Wanita UMNO pusat,  Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dilaporkan tewas dalam saingan Ketua Wanita UMNO Bahagian Bagan Datuk kelmarin. Dakwanya, wujud pelanggaran etika ketika proses pemilihan itu berlangsung.

Nurul Zahid merusi Facebook miliknya menyatakan bahawa kegiatan tidak beretika itu membabitkan Perkara 4, Tataetika Pemilihan UMNO 2023, berkaitan pengaruh tidak wajar.


 

Saya tidak kalah cuma.. – Nurul Zahid

Dalam perkongsian di Facebook itu, Nurul Zahid menyatakan bahawa undiannya 115/268 dan yang ‘masih menang’ adalah 133/268, beliau melampirkan satu gambar screenshot perbualan daripada satu pihak yang memberikan arahan untuk menyokong penyandang Ketua Wanita UMNO Bagan Datuk, Zarozatin Isa.

“WhatsApp pada malam pemilihan 10 Mac daripada seorang yang sudah dikenal pasti. Manipulasi, tipu helah, mendorong dan mengganggu.”

“Perjuangan saya belum lagi tamat. Saya tidak kalah cuma belum lagi menang. Undi saya 115/268 dan yang ‘masih menang’ 133/268. Ini sudah dibawa ke Jawatankuasa Pemilihan UMNO.”

Dakwa beliau, perkara ini telah dilaporkan kepada Lembaga Pemilihan UMNO.

https://www.facebook.com/nurulhidayahahmadzahid.official/posts/pfbid02MCcJgaSqbnLEghBpJyft2xnxxihhN6YtRjqvHrnMWShRnTwgfWWM1iiJK65CBXRl

Sebagai rujukan, Berita Harian melaporkan bahawa UMNO Bahagian Bagan Datuk diterajui Ahmad Zahid yang menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini.

Baca : “Allah sayang mereka yang diuji” – Nurul Zahid Berlapang Dada Dengan Kritikan Netizen Isu Najib Dipenjara

Ft0 Nurul Zahid Doakan Najib Razak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.