in

“Mangsa tu nampak masih sekolah lagi” – Lelaki Pedofil Yang Mengaku Dirinya ‘Guru’ Muat Naik Video Lucahnya Di Twitter

Feature Image Pedo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ni pernah kecoh pasal isu lelaki pedofil yang telah habis hukuman di penjara dan menyambung pengajiannya di salah sebuah Universiti Awam di Malaysia.


Tapi baru-baru ini, viral pula mengenai seorang lelaki yang turut dipercayai pedofil dan juga mengaku bahawa dirinya seorang guru memuat naik video lucah dia dan mangsa-mangsanya di laman Twitter miliknya.

Perkara ini mula menjadi tular apabila pengguna Twitter yang dikenali sebagai @sashamaisarah_ retweet daripada pengguna Twitter yang lain pada mulanya menjadikan video itu sebagai bahan jenaka.

Lepas video ni menjadi viral, tweet itu telah tiada di laman Twitter kerana dipercayai sudah di padam.

Akaun Twitter yang memuat naik video lucah itu juga dipercayai sudah tiada kerana tindakan pantas netizen yang pergi report akaun tersebut. Rasanya dah suspended.

Akaun Suspenden
Sumber: twitter

Namun sebelum lelaki ini menukar tweethandle netizen sempat screeshot profile Twitter miliknya dan ternyata dia memang ada memuat naik video lucahnya dan dipercayai bersama pelajar sekolah. Video itu dimuat naik dua hari yang lalu.

Apa yang lebih memeranjatkan, lelaki tersebut mempunyai jumlah pengikut di Twitter hampir 12 ribu orang. Ramai giler!

Tapi lelaki ini katanya menggunakan gambar profile yang palsu dan muka yang digunakan itu bukan lah dirinya.

 

Acc Tipu
Sumber: twitter

 

Image From Ios 2 1
Sumber: twitter

Lelaki pedofil ini juga dipercayai seorang guru kerana dia sendiri ada mengaku bahawa dirinya adalah guru setelah ada netizen yang bertanya mengenainya di komen dan dia mengesahkannya.

Image From Ios 4
Sumber: twitter

Video-video yang dimuat naik di laman Twitter miliknya adalah kebanyakkanya remaja yang masih bersekolah dan ada juga anak muridnya. Video itu juga mendapat hampir seribu retweet, tapi tiada siapa pun report. Biar betul?

 

Image From Ios 1 3
Sumber: twitter

Rata-rata netizen yang melihat tweet ini berasa marah dan ramai yang tag pihak polis untuk menangani masalah yang berlaku ini.

Report Polis
Sumber: twitter

Tapi admin pun tak boleh nak pastikan bahawa lelaki ini betul-betul guru atau hanya penyamar sahaja. Kita biarkan pihak berkuasa untuk jejaka lelaki ini.

 

Baca: “Saya lega dia dah mati” – Pedofilia Dianggap Paling Jijik Dalam Penjara, Mungkin INI Sebab Richard Huckle Dibunuh

Pedo Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.