in

Mangsa T*kam Depan Rumah Di Senawang Ada Hubungan Sulit Dengan Isteri Suspek – Polis

mangsa tikam senawang ada hubungan sulit isteri suspek

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siasatan polis mendapati lelaki yang maut ditikam di hadapan rumah di Taman Sri Pagi, Senawang pada Isnin lalu, didakwa mempunyai hubungan sulit dengan isteri suspek.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, motif suspek melakukan perbuatan itu kerana berang selepas mengetahui isterinya curang dengan lelaki berkenaan, lapor Harian Metro.


Sudah sebulan mangsa berkenalan dengan isteri suspek

Mengulas lanjut, polis mengatakan mangsa dan isteri suspek sudah berkenalan sejak sebulan lalu melalui laman sosial.

“Kami difahamkan, isteri suspek sudah berkenalan dengan mangsa sejak sebulan lalu melalui laman sosial. Bagaimanapun, pihak kami masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Artikel berkaitan: “Weh ni abang aku ni!” – Adik Kongsi Detik Cemas Abang M*ut Dit*kam Depan Mata

Artikel berkaitan: Tinggal Berjauhan, Suami ‘Kantoi’ Serumah Dengan Isteri Orang Yang PJJ Dengan Suami

Untitled tikam n9 1754975606

Katanya, suspek tidak mempunyai rekod jenayah manakala saringan ujian air kencing mendapati beliau bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Dalam laporan sebelum ini, suspek dikatakan mendekati mangsa yang berusia 28 tahun itu di hadapan rumah keluarga dan disaksikan adiknya, dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang.

Mangsa dilaporkan bertunang dua minggu lalu dan merancang berkahwin tahun ini, malah bercadang keluar membeli barang hantaran sebelum kejadian.

Sebelum ini, tular dakwaan yang mengatakan suspek melakukan tiga kerja semata-mata untuk menyara keluarga, namun isteri tidak reti bersyukur kerana mempunyai skandal dengan lelaki lain.

Bagaimanapun, seorang waris yang enggan dikenali menegaskan, segala spekulasi mengaitkan arwah dengan masalah rumah tangga suspek adalah tidak benar.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.