in

“Mana satu ni, sah cerai ke tak?”- Muktamad! PU Abu Dan Isteri Sah Cerai Talak 2 Lepas Kemuka Bukti Baru Kat Mahkamah

Featured 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

So alkisahnya cerai ke tak?


Ramai yang ingin mengetahui pengakhiran cerita berkaitan PU Abu dan isterinya Ain ‘Afini Latif meskipun netizen dikatakan dah ‘muak’ dengan setiap plot cerita membabitkan bekas peserta program Pencetus Ummah tersebut.

Semalam Mahkamah Rendah Syariah Klang dah putuskan bahawa lafaz talak yang dilakukan PU Abu ke atas Ain menerusi WhatsApp adalah tidak sah. Bermakna status mereka masih kekal sebagai suami isteri.

Namun beberapa jam kemudian keputusan berubah 360 darjah.

 

PU Abu dan Ain ‘Afini sah cerai talak dua!

Memetik mStar, konflik penceraian pasangan tersebut akhirnya berkesudahan dengan jatuhnya talak dua ke atas Ain ‘Afini Latif..Macam mana boleh jatuh talak pulak?

Abuain
Sumber : mstar

Sebenarnya perkara ini terjadi selepas PU Abu dan Ain berpatah balik ke mahkamah semula selepas tamat prosiding mereka pada pagi semalam.

Ini perkongsian PU Abu :

“Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas prosiding pagi semalam, saya baru teringat ada kenyataan yang tidak jelaskan kepada mahkamah”

“Saya dan Ain terpaksa berpatah semula ke sana dan mahkamah memutuskan kami sah bercerai.”

Kedua-dua mereka bertindak demikian bagi mengemukakan fakta tambahan yang boleh menyokong penceraian mereka.

Ketika hakim buat keputusan penceraian tak sah sebenarnya ada kenyataan yang tak penuh dari pihak saya, ada maklumat tak cukup. Saya berpatah balik bagi menambah kenyataan.”

Bagaimanapun, dia enggan berkongsi kenyataan tambahan tersebut.

 

“Maaf tak dapat kongsikan fakta tambahan sebab ia libatkan aib di pihak sana (lelaki).” – Ain

Katanya bukti penceraian dia dan bekas isterinya itu hanya dapat dikongsi selepas mereka memperoleh dokumen sah dalam tempoh sebulan selepas tarikh mereka bercerai didaftarkan iaitu pada Rabu.

 

Huhu 1

Sementara itu ini pula kenyataan daripada Ain :

“Tapi maaf saya tak dapat kongsikan fakta tambahan yang dikemukakan kepada mahkamah kerana ia melibatkan aib di pihak sana.”

Ain mengesahkan perkara tersebut dan berkata prosiding mereka bersambung pada waktu petang hari yang sama berikutan terdapat maklumat tak lengkap dari pihak lelaki.

Untuk pengetahuan korang, Ain kini hamil 7 bulan dan dijangka bersalin 10 Julai depan.

 

Semoga ini keputusan yang terbaik untuk mereka berdua, dan diharap supaya mereka lebih tenteram dengan kehidupan masing-masing.

Baca : Saya masih sygkan isteri dan ingin hidup bersamanya Lafaz Cerai PU Abu Dan Bekas Isteri Tak Sah!

Ha

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.