Sebuah penganjur festival makanan dikritik pengguna media sosial apabila berkongsi poster memaparkan foto Allahyarhamah Zara Qairina bagi mengiklankan acara makanan tersebut di platform media sosial.
Menerusi poster terbabit, festival makanan yang diadakan di Dataran Arena Merdeka, Dungun itu memaparkan foto pelajar Tingkatan Satu berserta dengan tanda pagar #JusticeforZaraQairina, #SuaraKamiTakAkanSenyap dan #BangkitDemiKebenaran.
Artikel berkaitan: Ibu Zara Qairina Mohon Dijadikan ‘Orang Berkepentingan’ Dalam Prosiding Inkues
Artikel berkaitan: Ternanti-nanti Penghujung Kesnya, Ini Kronologi Lengkap Kes Zara Qairina Yang Menggemparkan Negara
Foodfest Justice For Zara? pic.twitter.com/p0nS6Mve3H
— jon (@bumilangit) August 24, 2025
Rata-rata netizen menganggap perkongsian poster itu seolah-olah seperti menunggang isu untuk mengaut keuntungan orang ramai berkunjung ke festival makanan tersebut.
Netizen juga mempersoalkan sama ada pihak penganjur mendapat kebenaran keluarga ataupun tidak bagi paparan poster itu.
Sementara itu, segelintir netizen turut menasihati orang ramai agar dapat membezakan solidariti dan sepatutnya berkempen di acara yang sepatutnya.
Setakat artikel ini ditulis, penganjur belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu tersebut, namun ramai berharap agar mereka tidak mengambil kesempatan atas kesempitan keluarga yang sedang berduka.
Sumber: X