in

“Mama sudah jumpa polis”- Cik B Mengaku Dia Yang Pandu Kereta Dalam Video Viral, Tapi Itu 2 Tahun Lepas

Cb3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sehubungan dengan penularan video remaja bawah umur yang memandu kenderaan pacuan 4 roda telah mendapat perhatian rakyat Malaysia sehinggakan pihak berkuasa, video yang selama ini menjadi sangkaan netizen apabila remaja mirip Cik B sedang memandu kereta itu tertanya benar.



Ianya terjawab ketika Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhamad Amin, 15 mengakui bahawa individu yang memandu kereta tersebut adalah dirinya. Lapor mStar.

 

Ya benar, itu saya” – Cik B

Cik B menjelaskan bahawa video itu sebelum ini pernah viral tapi tak jadi isu, namun ia kembali hangat selepas beberapa video yang melibatkan remaja bawah umur memandu kereta dan lori yang turut tular baru-baru ini.

Katanya lagi, video tersebut merupakan video 2 tahun lepas dan dia hanya pandu kereta tersebut di kawasan perumahannya sahaja.

“Ya dalam video itu ia adalah saya. Ia tahun 2018, tapi (memandu) hanya di kawasan rumah sahaja. Masa mula-mula viral tak ada apa-apa tapi sebab ada kes baru babitkan budak berusia 9 tahun bawa lori… saya kena juga.”

Katanya lagi, ibunya yang merupakan usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, telah berjumpa dengan polis berkenaan dengan isu ini.

“Mama sudah jumpa polis dan mungkin isu ini sudah diselesaikan” 

Tambah Cik B, dia menyerahkan kepada ibunya untuk membantu menyelesaikan masalah itu.

 

Baca : “Nampak macam Cik B” – Pandu Kereta Bawah Umur: Polis Siasat Remaja Bawa Kereta Dalam Posting FB Sayang-Sayang DSV

Cikb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.