in

“Malukan Malaysia” – Drift Di Thailand Sampai ‘Accident’, Netizen Bengang Individu Cemarkan Nama Malaysia

Drift Kat Thailand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita selalu dipesan untuk menjaga adab semasa kita berada di negara orang kerana adab melambangkan sifat peribadi kita.


Baru-baru ini telah tular sebuah ciapan mengenai seorang rakyat tempatan yang membuat permohonan maaf di hadapan balai polis Hatyai, Thailand.

Permohonan maaf itu dibuat selepas dia ditahan oleh pihak berkuasa Thailand kerana melakukan aksi drift di sebuah tempat letak kereta kawasan pelancongan di sana, pada Jumaat lepas.

“Saya janji saya salah, saya minta tolong, saya minta maaf. Thank you very much semua bagus,” kata lelaki itu.

Aksi berbahaya itu telah menyebabkan batu kecil berterbangan di udara sehingga terpelanting dan mengakibatkan beberapa kerosakan pada tiga buah tuk tuk dan sebuah kereta.

Menurut Bangkok Post, lelaki itu ditahan di Sadao immigration checkpoint Thai-Malaysian border semasa dia dan isterinya hendak pulang ke Malaysia.

Screenshot 2022 11 01 122922

Mereka telah dibawa ke balai polis Hatyai untuk berjumpa dengan pemilik kenderaan yang terlibat dalam insiden itu.

Selepas perbincangan diadakan, mereka telah bersetuju untuk meminta 99,000 baht (RM12,341) sebagai bayaran ganti rugi kenderaan mereka.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kesal dan marah terhadap tindakan lelaki itu yang membuat kecoh di negara jiran.

Page

Page1

Warganet menyelar tindakan lelaki itu kerana ada kemungkinan nama Malaysia akan buruk dan pengawalan ketat akan dilakukan kepada rakyat Malaysia yang berkunjung ke Thailand.

Apapun, dia dah minta maaf dan bayar denda yang dikenakan, semoga benda ni jadi pengajaran buat kita bila berada dekat negara jiran..

Baca : Polis UK Bakal Guna Tuk-Tuk Untuk Cegah Jenayah Setempat

2Tt 758X399 1

Sumber: Bangkok Post
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.