in

“Malu anak2 tengok” – [VIDEO] Tular Rakaman Sekumpulan Makcik Curi Pakaian Di Butik

Page 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalu yang kita dengar, golongan makcik-makcik atau geng suri rumah ini akan buat aktiviti bersama di rumah salah seorang dari mereka. Ada yang suka berzumba sama-sama, ada juga yang suka ‘membawang’ tentang jiran-jiran lain, atau mungkin tentang isu semasa.


Tapi di Indonesia, lain pula ceritanya apabila sekumpulan wanita yang boleh dikategorikan sebagai makcik-makcik, berkomplot untuk mencuri di sebuah butik.

Aksi jenayah terancang oleh 4 orang wanita itu ditularkan melalui rakaman CCTV butik tersebut yang dimuat naik melalui laman Tiktok UtusanTV

@utusantvofficial

1 tarik perhatian, 3 buat kerja ?. Kejadian dilapor berlaku di sebuah butik di Lumajang, Indonesia. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ Bella ciao – HUGEL Remix Extended – El Profesor

Memetik info dari Tribun News, kejadian itu dikatakan berlaku di Lumajang, Jawa Timur pada Selasa lepas sekitar jam 10 pagi. Kumpulan makcik itu dikatakan berjaya melarikan 11 helai pakaian yang dianggarkan berjumlah 3 juta rupiah (RM 874.02).

Menurut Annisa, pemilik butik tersebut, kes itu dikatakan telah dirancang apabila dua dari empat orang wanita itu mengalihkan perhatian pekerja butik itu dan berbincang berkenaan baju-baju di sana.

Tak lama lepas tu, datang pula dua orang yang lain masuk ke dalam butik itu dan mengambil sejumlah pakaian yang dimasukkan ke dalam baju dan beg yang dibawa mereka. Yang bertudung mustard tu nampak ligat betul, eh?

Mereka berempat pada awalnya dilihat tiba di butik tersebut menaiki dua buah motosikal. Walau bagaimanapun, wajah mereka tidak jelas kelihatan kerana masing-masing memakai pelitup muka.

“Cari baju raya ke, kak?” – Netizen

Klip tersebut turut dikongsi melalui laman Instagram @lumajangsatu, di mana rata-rata netizen mengecam tindakan makcik-makcik itu yang dikatakan seperti sudah biasa melakukan aktiviti tidak bertanggungjawab ini. Malu anak-anak diorang kalau tengok ni…

Capture Vert

Macam-macam eh? Banyak lagi benda yang diorang boleh buat sama-sama, mencuri jugak dipilihnya…

Baca: [VIDEO] Tertinggal Kad Bank Di ATM, ‘Stranger’ Ambil Kesempatan Keluarkan Duit Guna Kad Mangsa

Capturex 5

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.