in

“Malaysia negara sahabat” – Iran Bagi Jaminan 7 Kapal Malaysia Boleh Lalu Selat Hormuz Secara Percuma

Syaz Ft 2026 03 31T120627.433

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun ketegangan di Timur Tengah makin panas, tujuh kapal milik Malaysia (Petronas, MISC, Sapura Energy & Shapadu) bakal belayar dengan selamat melalui Selat Hormuz dalam masa terdekat. Apa yang membanggakan, pihak Iran sendiri memberi jaminan keselamatan dan pelepasan khas buat negara kita!

Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi, mengesahkan perkara ini selepas menerima maklumat daripada Menteri Luar Malaysia.


Artikel berkaitan: Krisis Teluk Hormuz: PETRA Jamin Bekalan Elektrik Negara Terjamin

Artikel berkaitan: “Thank you sir” – Presiden Iran Hargai Sokongan Malaysia, Kecam Kekejaman Rejim Zi*nis & US

“Kami telah mempertimbangkan perkara ini, dan InshaAllah mereka akan dibenarkan lalu. Tiada masalah memandangkan Malaysia adalah negara sahabat,” katanya.

Keputusan ini juga memberikan kelebihan yang signifikan kerana pihak berkuasa Iran telah memberikan jaminan bahawa tiada sebarang bayaran transit atau caj tambahan akan dikenakan terhadap kapal-kapal milik Malaysia.

81719116885 Valiollahmohammadi

“Tentu sekali (kapal Malaysia bebas untuk lalu). Kami tidak akan mengenakan caj,” tambahnya lagi.

Langkah sekatan di Selat Hormuz ini sebenarnya adalah tindak balas Iran terhadap serangan Amerika Syarikat dan Israel. Namun, Iran menegaskan selat itu tidak ditutup sepenuhnya, cuma dihadkan buat negara yang memusuhi mereka sahaja.

“Saya mahu tegaskan: Selat Hormuz tidak ditutup. Ia disekat untuk sesetengah pihak, bukan semua. Jika anda menyerang Iran, anda tidak boleh menggunakan selat ini,” jelas Valiollah.

Beliau juga menambah bahawa Iran sentiasa menjaga kestabilan pasaran minyak global, namun pendekatan kini sudah berubah.

Sumber: New Straits Times

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.