in

Malaysia Catat Rekod Tertinggi Lagi Dengan Angka Vaksinasi Harian Melebihi 340,000 Dos!

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari Isnin lalu, Malaysia telah merekodkan peningkatan terbaru apabila pemberian dos vaksin telah melepasi angka 300,000 buat pertama kali dengan seramai 313,761 individu telah divaksin.


Menerusi Twitter rasmi, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba telah memberitahu bahawa jumlah vaksin yang diberikan semalam telah pun melebihi rekod pada hari Isnin lalu dengan sebanyak 340,043 dos diberikan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan vaksin yang telah diberikan telah pun mencecah sehingga 9,660,519 dos sejak program imunisasi ini berlangsung,

Menurut Dr Adham, semalam seramai 206,757 individu telah menerima vaksin pertama manakala 133,286 indibidu menerima dos kedua mereka.

Mengikut infografik yang dikongsikan pula, rakyat Selangor merupakan yang tertinggi menerima dos vaksin semalam iaitu seramai 57,473 individu menerima dos pertama dan 22,525 individu menerima dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan di Selangor sebanyak 79,998. Wow dekat 80k!

Jumlah ini diikuti dengan Sarawak iaitu sebanyak 27,980 penerima dos pertama, dan 31,389 dos kedua dengan jumlah keseluruhan sebanyak 59,269 dos diberikan.

Manakala Kuala Lumpur ditempat ketiga dengan pemberian dos satu sebanyak 39,031 dan dos dua sebanyak 14,124 menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 53,155.

Selain itu, Dr Adham turut menasihatkan orang ramai yang belum mendaftar untuk membuat pendaftaran vaksin di MySejahtera, http://vaksincovid.gov.my atau hubungi talian 1800-88-8828.

Tahniah Malaysia! Harapnya jumlah pemberian vaksin makin meningkat selepas ini dan kita pun boleh cepat capai imuniti kelompok.

 

Baca: Syabas! Malaysia Capai Angka Tertinggi Vaksinasi Harian Lepasi 300,000, Kini 20% Rakyat Malaysia Dah Terima Dos Pertama

Screenshot 2021 07 07 At 1.22.58 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.