in

Malaysia Bakal Terima 110,000 Paxlovid Bulan Ini Untuk Lawan Covid-19 – Menteri Kesihatan

3Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia bakal menerima 110,000 ubat antiviral Covid-19, Paxlovid keluaran syarikat Pfizer pada bulan ini.


Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin pada hari ini menjelaskan perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin dan produk farmaseutikal telah dipersetujui pada Februari lalu. Menurut laporan dari Astro Awani, bekalan ubat antiviral itu dijangka akan tiba dalam tempoh dua minggu lagi.

Screenshot 2022 03 05 At 2.12.00 Pm

Paxlovid akan sampai bulan ini. Kita sudah muktamadkan perjanjian dengan Pfizer bulan lepas dan saya sudah tandatangani perjanjian tersebut”

Tambah Khairy lagi, jika penggunaan ubat antiviral itu berkesan sepertimana maklumat yang diterima oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini, perolehan seterusnya akan dibuat. Ubat antiviral keluaran Merck & Co. dan AstraZeneca juga kini dalam pertimbangan untuk digunakan dalam negara.
Screenshot 2022 03 05 At 2.12.37 Pm
Jelas Khairy, dengan adanya ubat antiviral ini, negara kini mempunyai senjata baharu dalam perang melawan pandemik Covid-19.
Screenshot 2022 03 05 At 2.11.27 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.