in

“Malang tak berbau” – Suspek Samun Rantai Emas Maut Lepas Dia Berlanggar Dengan Kereta Mangsa

feature image eksiden mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Boleh dikatakan dah banyak kali kes samun dan ragut yang berlaku dekat negara kita ini. Individu yang menjadi mangsa ragut tidak mengenal jantina dimana lelaki atau wanita boleh sahaja menjadi mangsa.

Baru-baru ni tular di laman media sosial mengenai kejadian ragut yang melibatkan  seorang lelaki bersama rantai emasnya di Bandar Puteri Puchong, Serdang


https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1211500843603595269?s=20

Menurut perkongsian @redzuanNewsMPB, mangsa yang merupakan seorang lelaki warga Cina pada ketika itu hendak memasuki kenderaannya sebelum dia secara tiba-tiba didatangi suspek yang merupakan seorang lelaki warga Melayu meragut rantai emasnya.

Polis turut berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 6.24 petang ketika mangsa yang berusia 44 tahun ingin menaiki kereta miliknya.

“Mangsa didatangi seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15zr yang bertindak merentap rantai emas dipakai mangsa sebelum melarikan diri.

“Bagaimanapun mangsa kemudian terserempak dengan suspek yang menunggang motosikal secara melawan arus di Jalan Puteri 5/5,” katanya.

77
Sumber: Twitter

Mungkin terkejut melihat mangsa, suspek yang sedang menunggang motosikalnya itu tiba-tiba sahaja berhenti di tengah jalan sebelum dirempuh kereta dinaiki mangsa yang gagal mengelak.

“Rempuhan berkenaan menyebabkan suspek terjatuh dan terperosok di bawah kereta dan parah.

“Suspek kemudian dikejarkan ke Hospital Serdang sebelum disahkan meninggal dunia pada 7.52 malam. Rantai yang diragut suspek ditemui bersamanya,” katanya.

Hasil rekod lampau, suspek didapati mempunyai 3 kes dadah, dan 2 kes samun. Mangsa juga yang menghubungi ambulans dan membuat laporan polis selepas berlakunya kemalangan itu.

Aduh, kenapa nak kena meragut? Sihat tubuh badan tu, buat la kerja yang halal. Apa pun, min ucapkan takziah dekat dia dan keluarga.

 

Baca: “Rindu makanan penjara kot” – Lelaki Kena Tangkap Dengan Polis Sebab Meragut Lepas Dua hari Keluar Penjara

rgt

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.