in

“Malang tak berbau…” – Budak Perempuan Maut Dilanggar Pacuan Empat Roda Ketika Main Basikal Di Kawasan Rumah

Aira Awatif

Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan maut dilanggar sebuah pacuan empat roda di hadapan rumahnya dekat Jalan Delima, Kampung Cacar Baru Paka, Dungun pada Isnin lepas.

Menurut Harian Metro, kejadian yang berlaku pada jam 3 petang itu telah meragut nyawa, Nur Aira Awatif Mohammad Fadzil, 6, yang parah di bahagian kepala. Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Allahu… 

Awatof

118412341 1668625856648451 5275904914594545656 N

118654023 1668625889981781 3690696796081742150 N

Ketika kejadian berlaku, Nur Aira Awatif katanya sedang bermain basikal di kawasan rumah bersama dua lagi rakannya iaitu Amran, 8 dan Amirah, 7.

Dalam pada masa yang sama, sebuah pacuan empat roda dipandu lelaki berusia 59 tahun gagal mengelak dan melanggar mangsa. 

Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, pemandu kereta yang berasal dari Setiu itu menjalankan perniagaan durian dekat jalan besar tak jauh dari kampung tersebut.

“Ketika melalui jalan kampung terbabit untuk ke sebuah surau menunai solat Zohor, mangsa dikatakan tiba-tiba keluar dari pagar rumahnya dan pemandu kenderaan itu gagal mengelak dan melanggar kanak-kanak terbabit.

“Kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit mengejarkan anaknya ke Klinik Kesihatan Paka namun disahkan sudah meninggal dunia,” jelasnya.

118616960 1668625929981777 7793565522203647162 N

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasaran lanjut. Mayatnya juga telah dituntut keluarganya untuk urusan pengebumian dan kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

Al Fatihah dan takziah buat keluarga mangsa. Semoga mereka bertabah dengan dugaan ini. 

Baca: “Nampak jelas motor langgar divider” – Viral Rider FoodPanda Kemalangan, Pemandu Accord Nafi Langgar Lari

H

Sumber: Harian Metro
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook