in

“Maksimum 30% penjawat awam dibenarkan berada di pejabat mulai esok” – KP Perkhidmatan Awam

Awam5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan pengumuman oleh Menteri Pertahanan Ismail Sabri semalam, beliau mengarahkan pekerja dari sektor swasta dan awam yang dijangkakan berjumlah sejuta orang bekerja dari rumah bermula esok sepanjang tempoh PKPB ini.


Hari ini pula, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman mengumumkan maksimum hanya 30 peratus penjawat awam dibenarkan masuk kerja di pejabat.

“Bermula 22 Oktober (esok) hingga tamatnya tempoh PKPB, ketua jabatan hendak memastikan keberadaan pegawai perkhidmatan awam Persekutuan ke pejabat adalah pada tahap maksimum 30 peratus.”

Awam3

Bagi maksud ini, ketua jabatan diarah supaya memastikan semua pegawai di peringkat pengurusan dan pentadbiran kementerian, jabatan dan agensi yang tidak diperlukan berada di pejabat sepenuh masa, dijadualkan supaya bekerja dari rumah (BDR).

“Ia boleh dilakukan secara sama ada secara penggiliran atau sepenuh masa supaya kehadiran mereka di pejabat dioptimumkan pada kadar minimum sepanjang PKPB dikuatkuasakan.”

Lapor Berita Harian, peraturan itu terpakai untuk negeri yang berada dalam PKPB iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Selangor, Putrajaya serta Sabah.

 

Dokumen rahsia rasmi dilarang bawa keluar

Walau bagaimanapun, kata Mohd Khairul Adib, bergantung dengan kepentingan dan situasi BDR, urusan bawa keluar dokumen rahsia boleh dipertimbangkan.

Awam1

“Ketua jabatan boleh mempertimbangkan atas kepentingan tugasan dan prinsip BDR untuk memberi kebenaran membawa keluar dari pejabat dokumen rahsia rasmi termasuk salinan berpandukan garis panduan membawa rahsia rasmi keluar dari pejabat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”

 

Semua aktiviti bersemuka tak dibenarkan

Awam2

Segala aktiviti bersemuka seperti mesyuarat, perbincangan atau latihan tak dibenarkan namun masih boleh dilakukan secara atas talian.

 

Bagaimanapun, arahan kehadiran bertugas ini terkecuali kepada penyampaian perkhidmatan penting yang ditentukan ketua jabatan.

 

Baca : MITI Benarkan 10% Pekerja Di Pejabat Dari 10 Pagi Hingga 2 Petang Untuk Sektor Tertentu

Bb 14

Sumber: RTM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.