in

“Makin susah ada lah” – Nak Elak Kena Kuarantin Punya Pasal, Warga Singapura Sogok Penguat Kuasa Ditahan

Ft Spore

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam menghadapi penularan pandemik Corona Virus ni, pelbagai inisiatif diambil oleh pihak kerajaan bagi membendung penyebaran wabak ini dengan menggariskan SOP serta penguatkuasaan kuarantin bagi individu yang baru pulang dari luar negara serta kawasan zon merah.

Namun, nampaknya usaha kerajaan ini dipandang remeh oleh segelintir pihak tanpa memikirkan kesannya kepada orang ramai.


Kejadian yang berlaku kelmarin menyebabkan seorang lelaki warganegara Singapura ditahan kerana cuba untuk memberi ‘duit kopi’ kepada penguat kuasa Jabatan Imigresen dengan bayaran RM100 supaya dibenarkan memasuki Malaysia tanpa menjalani kuarantin wajib.

Bukan main langgar peraturan negara orang. Tak tahu ke pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak…

 

Capture 9 11

 

Tindakan lelaki itu akhirnya memakan diri sendiri apabila dia ditahan reman selama lima hari oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan.

Lelaki berusia 43 tahun itu juga akan disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009 yang boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Dia yang merupakan pengarah di sebuah syarikat swasta memasuki negara ini menggunakan Program Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) serta cuba membayar pihak berkuasa tempatan bagi mengelakkan dirinya dari menjalani kuarantin lapor World of Buzz.

RGL merupakan satu inisiatif  yang membolehkan perjalanan rentas sempadan atas urusan perniagaan penting dan tujuan rasmi bagi kedua-dua negara.

Kemudahan dah disediakan, dia minta lebih-lebih pula. Itu lah orang kata beri betis nak paha, kan dah susah sendiri. 

 

Baca : Peningkatan Kes Baharu, Sepanyol Isytihar Perintah Berkurung Untuk Kawal Covid-19

Ft Covid 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.