in

“Makin melampau pula dorang ni”- Kerajaan China Didakwa ‘Jual’ Muslim Uighur Jadi Buruh Paksa Bagi Jenama Terkenal Dunia

Featured 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Makin menjadi-jadi dan melampau layanan kepada Muslim Uighur di China.


Laporan terbaharu daripada Institut Dasar Strategik Australia (ASPI) mendedahkan yang kerajaan China telah menghantar Muslim Uighur China untuk bekerja sebagai buruh paksa di kilang jenama besar.

Malah dalam laporan khas ASPI itu juga menyatakan yang kaum Muslim Uighur tak boleh nak tolak ‘tawaran kerja’ tersebut sebab diancam akan dikenakan tahanan tanpa bicara daripada pihak berkuasa negara itu, lapor BBC.

111096332 Gettyimages 1204096838 1

Laporan media sebelum ini ada menyatakan sekurang-kurangnya sejuta umat Islam Uighur berada di kem tahanan dengan alasan untuk ‘melawan’ fahaman ‘ekstremis’.

NAMUN! Hakikatnya dikatakan kem tersebut adalah tempat untuk kaum minoriti itu di’brain wash’.

Antara tahun 2017-2019, ASPI menganggarkan lebih 80,000 Muslim Uighur dipindahkan jauh dari Barat Xinjiang untuk bekerja di kilang-kilang besar di seluruh China.

Golongan ini dipindakan menerusi skim pemindahan pekerja yang berkuatkuasa di bawah polisi kerajaan pusat dan dikenali sebagai ‘Xinjiang Aid’.

2 1

Malah lebih mengejutkan, menurut laporan kilang-kilang tersebut dikatakan merangkumi rantaian bekalan bagi 83 jenama terkenal global seperti Nike, Apple dan Dell.

Bukan itu sahaja, di kilang-kilang tersebut etnik minoriti Uighur ini akan dipaksa untuk tinggal di asrama khas. Malah mereka juga mempunyai sesi belajar bahasa Mandarin dan latihan ideologi selepas waktu bekerja.

Yang teruknya, ASPI mendakwa yang mereka ini akan dikawal 24 jam dan diharamkan melakukan apa jua ritual agama.

23090

Sebelum ini The Washington Post ada keluarkan laporan selepas berkunjung ke salah sebuah kilang Nike di China yang didakwa menggunakan ‘buruh paksa’ dari Muslim Uighur.

Dalam laporan itu mendakwa, kilang tersebut kelihatan seakan-akan penjara dengan pagar kawat berduri selain dikawal ketat oleh polis dan menara pengawal.

 

1 2

 

Makin melampau pulak!

Baca : Keganasan di sana sini- Tak Cukup Muslim Uighur Ditindas, Muslim Di India Kini Jadi Sasaran, Masjid Dibakar

33

Sumber: BBC
Sumber: Daily Sabah
Sumber: Time24 News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.