in

Majikan Sebak Pekerja Bangladesh Pulang Ke Kampung Lepas 16 Tahun Setia Berkhidmat

Cats 17

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di Malaysia, masih ada sesetengah orang yang memandang rendah terhadap pekerja warga asing dari negara kelas ketiga.


Namun harus diakui, tidak semua daripada pekerja asing ini datang ke negara kita untuk berbuat perkara yang tidak baik. Ramai yang datang ke sini untuk mencari rezeki demi keluarga yang tinggal di negara asal.

Pulang ke Bangladesh

Menerusi perkongsian seorang majikan yang bernama Sufi Amin, dia berkongsikan satu hantaran sebagai tanda penghargaan kepada seorang pekerja Bangladesh yang bakal pulang ke kampung halaman selepas berkhidmat selama 16 tahun.

Tulis Sufi Amin, perkhidmatan pekerja Bangladesh itu telah tamat pada 14 Januari lalu. Permit dia sebagai pekerja tidak boleh disambung lagi atas faktor umur.

BERAKHIR SUDAH PERMIT KERJA..Esok 14 JANUARI 2022, sy akan kehilangan seorang pekerja yg paling setia dalam bidang…

Posted by Sufi Amin on Thursday, January 13, 2022

Banyak ilmu yang disampaikan

Lelaki ini turut memberi penghargaan kepada pekerja Bangladesh ini yang banyak membantunya dalam bidang ubah suai rumah dan pembinaan.

Malah, dia turut berkata banyak ilmu yang disampaikan oleh pekerja Bangladesh itu dan dia berjanji, ilmu tersebut akan disampaikan kepada orang lain juga.

1 10

 

Anak jadi guru di Bangladesh

Lebih mengharukan, lelaki ini mendedahkan kesemua gaji yang diterima oleh pekerjanya itu akan dihantar pulang ke kampung. Kini, anaknya sudah menjadi seorang guru sekolah di Bangladesh hasil usaha kerasnya.

Perkongsian Sufi Amin ini ternyata membuka mata ramai warganet bahawa meskipun kita berbeza bangsa dan warna kulit, nilai persahabatan itu tidak akan boleh diganti dengan apa-apa sekalipun di dunia ini.

2 12

Kredit: Sufi Amin

BACA: “Thank you have a nice day” – Ucapan Gadis Ini Buat Pekerja Bangladesh Menangis!

Capture 23

Sumber: Sufi Amin
Sumber: Sufi Amin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.