in

MAIS Larang Program Pujuk Orang Islam Cenderung Agama Lain Di Selangor

Ft Mais Larang Program 2

Hari ini, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah memaklumkan mengenai sebarang program bertujuan memujuk mana-mana umat Islam untuk cenderung kepada agama lain adalah dilarang sama sekali di Selangor.

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi MAIS berkata, program itu menjadi satu kesalahan di bawah Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Beliau berkata perkara itu susulan sebuah posting yang telah tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu berkaitan “Projek Artikel 11 Jom Ziarah,” satu program yang dianjurkan oleh Impact Malaysia iaitu sebuah pertubuhan di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

Screenshot 2023 03 17 152325

Program tersebut mengajak para belia di Malaysia yang berminat untuk belajar dengan lebih lanjut mengenai agama-agama lain yang dianutinya.

Walaubagaimanapun, berdasarkan penelitian iklan dan risalah tersebut, MAIS berpandangan program tersebut mempunyai unsur-unsur menarik minat orang ramai untuk mempelajari atau menimba ilmu berkaitan dengan agama selain daripada agama asal mereka.

Tambah Abdul Aziz, sekiranya program ini dibenarkan ia boleh mempengaruhi pemikiran belia Islam untuk cendurung dan tertarik dengan agama selain daripada agama Islam yang sedang dianuti mereka.

41679027517 Abdulazizmohdyusof

Jelas beliau, MAIS mengambil maklum tentang kenyataan terbaru Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Parlimen bahawa program ini yang pada asalnya terbuka kepada semua, kini telah ditukar dan dihadkan kepada para belia bukan Islam sahaja.

Sehubungan dengan itu, MAIS menyeru agar masyarakat menghormati kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Sumber : Kosmo!, Twitter

Baca  : MAIS Tidak Iktiraf Pakej Pernikahan Di Thailand

Nikah Thailand 728X383 1

Sumber: Astro Awani