in

Main Oh Som untuk Pilih Tempat Duduk, Gelagat Petugas Kesihatan Ini Buat Netizen Terhibur

1Osom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang masih ingat zaman kita sekolah dulu, antara permainan popular yang kita buat untuk pilih pemenang ialah ‘Oh Som’. Mungkin tempat lain panggil dengan nama lain seperti One Two Jus, Rock Paper Sciscors dan banyak lagi.



Dah besar panjang macam ni jarang dah kita main Oh Som tu. Kalau ada pun memang rare dan dalam situasi tertentu je. Sebagai contoh dalam situasi dalam video yang admin nak share kali ni. Dalam video @antharaxxxx kat bawah ni korang boleh tengok petugas kesihatan sempat main Oh Som untuk pilih tempat duduk. Memang jarang-jarang berlaku.

 

Sapa kalah duduk tengah

Ni mesti kes dah banyak kali kena duduk tengah ataupun dah tak ingat siapa duduk tengah dalam trip sebelum ni. Mula-mula janji nak tukar-tukar tempat. Nak bagi adil Oh Som je terus.

Screenshot 2021 04 24 At 12.06.37 Pm

Memang fun nampak dorang main Oh Som untuk pilih tempat masing-masing. Kadang-kadang benda macam ni boleh buat tersenyum dengan member. Semua happy barulah takde toksik kat tempat kerja.

Screenshot 2021 04 24 At 12.07.07 Pm

Yang kalah tu memang kecewa. Dia pun redha je. Masuk terus tanpa banyak bicara. Harap lepas ni bagilah chance dekat yang kalah tu duduk kat tingkap pulak. Kesian dia admin tengok. 

Screenshot 2021 04 24 At 12.07.53 Pm

Malangnya video ni takde suara. Tapi korang mesti boleh bayangkan suara dorang yang tengah main Oh Som tu kan. Memang fun betul tengok video ni. Tersengih admin tengok sorang-sorang.

 

Baca: “Tolong saman yang belakang ni, dia ikut dari tadi” – Ambulans Bengang Kereta Asyik ‘Follow’ Dari Belakang Minta Polis Saman

Screenshot 2021 04 24 At 12.08.43 Pm

 

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.