in

Mahkamah Putuskan Adik & Anak Pengasas Dnars Fitnah Bapa Tiri, Diarah Bayar Ganti Rugi

Ft Suami Pengasas Dnars

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membenarkan tuntutan saman fitnah yang difailkan oleh Ahmad Shah Rizal terhadap dua orang anak tirinya selaku defendan pada 21 Januari 2026.

Kedua-dua defendan iaitu Mohd Faizul Rohban dan Irdiena Hakim Jasman yang masing-masng merupakan adik beradik dan juga anak kepada pengasas Dnars iaitu Allahyarham Faziani Rohban didakwa berhubung dengan penerbitan pelbagai tuduhan palsu yang berunsur fitnah terhadap Ahmad Shah Rizal.


Artikel berkaitan : Suami Pengasas Dnars Nafi Ambil Dan Sembunyi Wang Tunai Sebanyak RM1.3 Juta

Artikel berkaitan : Suami Allahyarham Pengasas Dnars Dakwa Tidak Terima Surat Untuk Serah Semula Wang Bernilai RM1.3 Juta

Diarah bayar ganti rugi, buat permohonan maaf secara terbuka

Whatsapp Image 2026 01 27 At 1.54.14 Pm

Ia berikutan dengan tindakan Faizul dan Irdiena yang mendakwa Ahmad Shah Rizal curang dengan arwah isterinya dengan mengadakan hubungan sulit bersama wanita lain semasa arwah masih hidup.

Dakwaan lain juga menyatakan bahawa Ahmad Shah Rizal dikatakan bersikap kejam terhadap anak tiri, kononya cuba memerangkap anak tirinya itu membuat laporan palsu, tamak dan cuba menyeleweng harta peninggalan Allahyarham serta cuba melenyapkan bukti dengan menggodam akaun Facebook Faizul dan tidak bertanggungjawab dalam menyediakan keperluan dan penjagaan anak tiri.

Selain itu, Faizul dan Irdiena turut membuat tuduhan serius, kononnya Ahmad Shah Rizal terlibat dalam merancang pembunuhan Allahyarham dalam prosiding mahkamah.

Sumber melaporkan bahawa mahkamah mendapati bahawa mereka berdua gagal membuktikan kesemua tuduhan terhadap Ahmad Shah Rizal. Oleh itu, pihak mahkamah telah memutuskan bahawa Ahmad Shah Rizal difitnah dan kesemua dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas.

Ahmad Shah Rizal menyatakan bahawa dirinya percaya bahawa kesemua tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu adalah mahu meraih simpati masyarakat, mensensasikan keadaan serta memburukkan nama baik dan kredibilitinya semata-mata.

Ahmad Shah Rizal Ibrahim 780X470 1

Mahkamah telah memerintahkan Faizul dan Irdiena untuk membayar ganti rugi berserta satu injuksi kekal iaitu bagi kedua-dua defendan hendaklah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ahmad Shah Rizal di media Harian Metro, Sinar Harian, Kosmo! dan Berita Harian termasuk di portal Ohmymedia dan di akaun Facebook peribadi milik kedua-dua defendan.

Faizal dan Irdiena termasuk ejen atau pekerja mereka dilarang utnuk mengeluarkan sebarang penerbitan dan penulisan lanjut dengan tuduhan yang sama atau sebarang kenyataan yang bersifat fitnah terhadap Ahmad Shah Rizal pada masa akan datang.

Tegas Ahmad Shah Rizal, tindakan undang-undang ini bukanlah atas dasar kepentingan kewangan, namun mahu membersihkan namanya, mempertahankan maruah dan integriti peribadi serta memelihara nama baik keluarga agar dapat hentikan fitnah yang menjejaskan reputasinya.

“Saya menghormati keputusan mahkamah dan bersyukur kerana kebenaran telah ditegakkan.”

“Fitnah yang dilemparkan bukan sahaja menyentuh diri saya dan keluarga tetapi juga menjejaskan maruah dan legasi Allahyarham.”

“Saya berharap keputusan ini menjadi pengajaran kepada semua bahawa fitnah dan tuduhan jahat tanpa asas yang dibina naratifnya mengikut hawa nafsu adalah sangat kejam.”

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.