Penyanyi Aisha Retno berkongsi rasa teruja yang sukar digambarkan selepas diberi peluang bertemu secara dekat dengan dua bintang utama filem muzikal Wicked, iaitu Ariana Grande dan Cynthia Erivo. Pertemuan itu berlangsung ketika beliau menghadiri tayangan perdana filem berkenaan di Universal Studios Singapore semalam.
Dalam video yang dimuat naik di Instagram, Aisha atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam menceritakan bahawa peluang tersebut merupakan satu pengalaman yang sangat istimewa dan tidak pernah disangka.
Artikel berkaitan: Bukan Amad Sahaja Kena ‘Sesuatu’ Ketika Buat Persembahan TTMM, Aisha Retno Pun Sama?
Artikel berkaitan: Konsert Solo Aisha Retno Dibatalkan Gara-gara Jualan Tiket Yang Rendah
Selain mewakili Malaysia ke tayangan perdana Wicked: For Good, dia juga berasa amat bertuah kerana dapat berjumpa dua figura yang sudah lama dikaguminya dalam dunia muzik dan lakonan.
View this post on Instagram
“Mewakili Malaysia untuk tayangan perdana filem Wicked, saya sayang awak Ari, saya sayang awak Cynthia. Saya benar-benar telah “berubah menjadi lebih baik” kerana dua insan hebat ini. #wickedmovie
Alhamdulillah, syukur kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Saya sudah lama menjadi peminat mereka berdua sejak dulu lagi. Terima kasih @uipmalaysia atas peluang emas ini. Penyumbang suara Glinda versi Malaysia, signing off! Hehe,” tulisnya di kapsyen.
Di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut meluahkan rasa teruja melihat detik Aisha berpeluang diapit Ariana dan Cynthia.
Mereka lebih teruja apabila Aisha sempat menyanyikan lagu runut bunyi For Good bersama kedua-dua bintang itu ketika acara tayangan perdana tersebut.

Sumber: Instagram
