in

“Macam takde benda nak buat bergurau” – [VIDEO] Kes Video Persenda Solat, 2 Rakan Mengaku Hanya Mahu Bergurau

Feature 1 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular di media sosial video 2 orang non-muslim mempersendakan cara solat orang Islam. Menyirap je tengok video tu.


Korang tengok lah sendiri video tu.

Kurang ajar betul sampai mempermainkan agama ni.. Mohon ditangkap masuk lokap..#PDRM

Posted by Myzan My on Saturday, April 18, 2020

 

Namun, selepas beberapa hari video tersebut viral, 2 orang suspek yang terlibat telah pun ditahan oleh pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daeah (IPD) Ipoh.

Kedua-dua suspek yang merupakan seorang wanita dan lelaki telah ditahan di rumah masing-masing di Taman Silibin Ria dan Taman Kledang, Menglembu malam kelmarin, lapor Sinar Harian.

Dalam video terbabit, suspek lelaki telah solat sambil ketawa manakala suspek wanita itu pula telah merakamkan video terbabit. Lagi teruk, caption video kat Instagram pun agak sensitif sebab dia tulis “Pray till covid come”. 

Hina 2

Difahamkan, video tersebut telah dirakamkan pada 28 Oktober tahun lalu di sebuah homestay di Taman Lapangan Terbang, Ipoh, Perak.

Walaupun video terbabit telah dipadam dari Instagram wanita tersebut, ada jugak netizen yang sempat screen record. Betul lah orang kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. 

Hina 3

Namun, kedua-dua suspek mengatakan bahawa mereka hanya bergurau. Agak-agak lah nak bergurau pun, ada batasnya jugak kan. 

Rata-rata netizen mengecam tindakan mereka itu sebab macam tidak sensitif dengan agama dan budaya orang Islam.

Hina 1

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil. Mereka juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ingat, kita kena sentiasa menghormati agama, budaya dan adat kaum lain. Baru lah semua dapat hidup harmoni. Bukannya baru semalam kita duduk di Malaysia yang pelbagai bangsa ni.

 

Baca: “Ingatkan ‘Tuhan’ boleh selamatkan kamu?” – Netizen Kecam Lelaki Hina Kaabah Kosong Akibat COVID-19

Hina

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.