Macam yang korang semua tahu, berita tentang pihak Menteri Belia dan Sukan bakal membawa kumpulan K-pop Bangtan Boys (BTS) sempena tahun melawat Malaysia 2020 telah menjadi antara isu hangat sekarang.
Terbaru, seorang bekas juara Pencetus Ummah, PU Syed telah memuatnaik satu posting di Instagram menyatakan ketidak persetujuannya dengan ‘rancangan’ Syed Saddiq ini.
Menurutnya, kumpulan ini tak akan mendatangkan apa-apa keuntungan selain untuk menyesatkan umat Islam. Tambahnya lagi, ‘orang’ yang menjemput itu perlu berfikir secara agama dan bukan dengan logik akal saja.
https://www.instagram.com/p/Bw1UCH8gLrc/?utm_source=ig_embed
Of course lah dengan kenyataan PU Syed ini akan membuatkan army BTS mengamuk. Lagi-lagi bila penceramah ini memanggil kumpulan yang tengah hangat ini ‘setan’.
Admin bukanlah nak sebelah mana-mana pihak, tapi kalau nak menegur pun mestilah kena beradab. Kan lagi senang masuk ke hati?
Baca: Kenapa Sibuk Nak Bawa BTS Datang Malaysia? Ini Penjelasan Syed Saddiq